"Mat, aku beli iphone 6s kau ni eh? Duit mintak kat Abu, dia hutang aku..."

Salam.

Amacam? Panjang tak tajuk entri aku? Hehe...

Aku sebenarnya terfikir something ni... Aku tengah fikir something yang ada kena mengena dengan tajuk entri kat atas ni.
Apa pendapat korang kalau aku beli Iphone 6s secara hutang? Patut ke?

Sumber gambar

Hmmm....

Memang tak la kan...

Memang tak la aku nak berhutang untuk sebuah smartphone, baik la berhutang untuk beli rumah/kereta, banyak la jugak manfaat...So, bukan pasal beli Iphone secara hutang yang aku fikirkan, tapi aku fikir pasal benda lain.


Situasi 1 (daily life)

Roy: Wei, aku beli air mineral kau ni tau...Mintak duit kat Abu. Dia hutang aku 2 ringgit...
Mat: Ohh..ok

Mat: Weh, Roy tadi beli air mineral dari aku. Dia suruh mintak duit kat kau. Kau ada hutang 2 ringgit dengan dia kan?
Abu: Ha'ah. Nah ni duit...

Harga air mineral= RM2

**Korang faham kan situasi atas ni? Roy beli air mineral tanpa guna duit, tapi guna hutang yang dia patut dapat. Kiranya, macam ada transaksi jual beli hutang la kat atas ni. So, boleh ke dari segi hukum Islam?

Sumber gambar

Situasi 2 (accounting view)

Sebelum cerita situasi, aku explain sikit dulu.
Penghutang(Debtors) = Orang yang berhutang
Pemiutang(Creditors) = Orang yang memberi hutang  
Ali, Abu dan Ahmad ada hutang dengan aku.
Ali = RM1,000
Abu = RM2,000
Ahmad = RM3,000
Jumlah = RM6,000 
Jadi, amaun penghutang(debtors) = RM6,000
Aku berhak untuk dapat RM6,000 dari Ali, Abu dan Ahmad. Hak ini merupakan asset bagi aku.  
Pada masa yang sama, aku juga berhutang dengan orang lain.
Atan = RM5,500
Jadi, amaun pemiutang(creditor) = RM5,500
Aku ada tanggungan hutang sebanyak RM5,500 untuk dilangsaikan.
Sekarang baru boleh cerita situasi. Situasi dia macam ni:

- Syarikat Bro Ley Sdn Bhd rugi teruk dan terpaksa langsaikan segala hutang.
- Aku decide untuk jual amaun penghutang(debtors) bagi melangsaikan segala hutang syarikat.
- Amaun penghutang(debtors) dijual lebih murah kepada pemiutang(creditor).
- Maksudnya, aku jual penghutang (debtors) bernilai RM6,000 kepada Atan(creditor) pada harga RM5,500 untuk langsaikan tanggungan hutang.

So, boleh ke aku buat macam tu?
Seolah2 Atan membuat keuntungan daripada pinjamannya kepada aku.
Korang tahu kan keuntungan daripada pinjaman dikira riba.
Pinjam RM5,500 kena bayar RM5,500 jugak. Kalau ada pertambahan/keuntungan dikira riba.

Sumber gambar
Lagi satu yang memusykilkan, aku dikira menjual sesuatu yang tak ada dalam pegangan aku.
Dalam Islam, tak boleh jual sesuatu yang kita sendiri tak ada pegangan(ownership).
So, macam mana?


Harap2 korang faham la ye kedua2 situasi kat atas ni...


Disebabkan kemusykilan ini, maka aku pun baca la blog Ustaz Zaharuddin pasal jual beli hutang ni. Tapi entri dia dalam English. Boleh tahan struggle jugak aku nak fahamkan isu ni. Dah la bahasa omputih, pendapat pulak bukan main banyak lagi.

Kalau aku cerita semua kat sini, panjang pulak. So, aku amik pendapat yang aku rasa paling yakin la untuk jawab soalan aku kat atas ni.


Jawapan

Berdasarkan pendapat yang aku pilih dari blog Ustaz Zaharuddin:


- Aku dapati semasa aku jual amaun penghutang(debtors) kepada Atan, aku sebenarnya menjual 'hak' aku.

- Aku jual 'hak' untuk terima duit sebanyak RM6,000 kepada Atan. Tapi aku jual 'hak' tersebut pada harga RM5,500. Lebih rendah dari nilai sebenar.

- So, item yang dijual ialah 'hak' seseorang. Oleh kerana yang dijual ialah 'hak', maka bolehlah kalau nak jual pada harga rendah atau tinggi.

- Disebabkan 'hak' tersebut juga berada dalam pegangan(ownership) aku, maka takde la isu aku jual something yang aku tak miliki.

- Jadi, berdasarkan pandangan yang aku amik ni, kira dibolehkan la dalam Islam untuk berjual beli hutang ni.

Sumber gambar
Untuk situasi 1 tu, aku rasa tiada masalah sebab pemindahan 'hak menerima hutang' tu berlaku on the spot. Lagipun, harga air mineral dan amaun hutang adalah sama iaitu RM2.
So, isu ini lebih ringan sebab tiada keuntungan pun yang Roy dapat dengan memindahkan 'haknya untuk terima hutang' kepada Mat. Jadi, tiada riba berlaku la pada pendapat aku.

Unutk situasi 2, berdasarkan pendapat di blog Ustaz Zaharuddin yang aku agak yakin, dibolehkan untuk jual hutang pada harga yang lebih rendah.
Sebabnya:

1) Yang dijual beli adalah 'hak'. Hak untuk menerima hutang. 'Hak' seseorang bukanlah ribawi item. So, boleh dijual pada harga tinggi/rendah.

2) Hutang terjadi disebabkan jual beli barang/servis yang pernah berlaku sebelum ini. So, hutang tersebut disandarkan dengan jual beli barang/servis.

3) Anggap sahaja barang/servis tadi bukan 'ribawi items', maka tiada masalah untuk jual hutang dengan kadar yang lebih rendah.

4) Hanya barang2 ribawi (ribawi items) sahaja yang perlu ditukar(jual beli) sama kadar, sama timbangan, dan on the spot.


**Apa dia ribawi items? Scroll bawah sikit, ada penerangan kat bawah.


........................................................................


Riba

Maksud riba menurut bahasa adalah tambahan.
Adapun menurut syari’at maka tidak semua tambahan dalam jual beli atau transaksi dikategorikan sebagai riba. Makna riba menurut syari’at tergantung kepada bentuk ribanya :

Pertama: Riba Fadhl, iaitu tambahan dalam jual beli/pertukaran barang dengan barang yang semisal, yang termasuk dalam kategori barang-barang ribawi.

Kedua: Riba Nasiah, iaitu penundaan salah satu barang dalam serah terima pertukaran/jual beli, padahal barang tersebut termasuk kategori barang-barang ribawi.


Barang2 ribawi (ribawi items) :


  1. Emas
  2. Perak 
  3. Gandum
  4. Sya’ir (gandum yang lebih rendah kualitasnya)
  5. Kurma
  6. Garam

Hadis tentang riba dan barang2 ribawi(ribawi items)


الذَّهَبُ بِالذَّهَب وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ سَوَاءً بِسَوَاءٍ يَدًا بِيَدٍ فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ
“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, sya’ir (gandum yang lebih rendah kualitinya) dengan sya’ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam, pertukarannya harus semisal dan semisal, sama dan sama, tangan dan tangan(on the spot).
Maka jika terjadi perbezaan pada barang-barang ini lakukanlah jual beli kalian selama dilakukan antara tangan dan tangan(on the spot).

[HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu’anhu, dan lafaz ini milik Muslim]



Penjelasan: Barang-barang ribawi dalam hadits di atas ada enam jenis, akan tetapi Jumhur ulama berpendapat bahwa semua barang yang memiliki ‘illah (sebab) yang sama dengan keenam jenis barang di atas maka ia termasuk ke dalam barang-barang ribawi, dan ini adalah pendapat yang kuat sebab hukum selalu beredar bersama sebabnya.

– Adapun ‘illah pada emas dan perak adalah: Tsamaniyah (barang berharga yang digunakan untuk tukar menukar), maka mata wang Ringgit di masa ini termasuk barang ribawi kerana ia merupakan barang yang memiliki sifat tsamaniyyah.


...............................................................................


Ini pandangan aku je berdasarkan apa yang aku baca. Actually, pendapat yang meyakinkan aku ni still lagi tidak dipersetujui oleh sebahagian ulama. Ada yang berpendapat jual beli hutang sama macam pertukaran mata wang/ribawi items. So, perlu on the spot dan kadar juga perlu sama.

Korang jugak tak perlu sependapat dengan aku. Ni apa yang aku yakin pendapatnya. Kalau korang rasa macam tak setuju dengan pendapat aku, korang nak argue silakan.
Sebab pandangan/pendapat semua orang kita kena respect selagi pendapat tu bukanlah sesuatu yg disepakat oleh seluruh ulama akan kebatilannya/pengharamannya/kesalahannya.

Ok... aku rasa tu je kot aku nak share. Aku harap korang faham la apa yang aku sampaikan ni. Saje je nak publish post yg ada kena-mengena sikit dengan accounting. Sebab aku pun memang kerja dalam bidang akaun, mana la tau berhadapan dengan situasi macam ni nanti. At least, aku tau la serba sikit betul dan salahnya apa yang aku buat. Lagipun, macam tak pernah je share pasal akaun2 ni...huhu..

Maaf kalau membosankan. Hewhewhew...

Btw, aku dah order iphone 5c refurbished harga rm199. Refurbished tu apa? Bapak panjang entri aku kalau aku sambung. So, aku sambung kat komen. Hohoho...

Salam and have a nice day, guys!


Sumber rujukan:
1. zaharuddin.net
2. nasihatonline


Baca lagi:


17 ulasan:

  1. Aku tak suka betul dgn hutang. Biarlah hutang ptptn dan hutang bank sebagai saksi. Cukup lah di situ.

    Satu perkongsian yg baik utk org yg musykil dgn hutang bro. Refurbish tu 'bina semula' kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la...aku pun x berminat nak berhutang ni. Kalau ada hutang member, aku lgi happy kalau dapat bayar awal.

      Yup lebih kurang bina semula la. Lebih kepada mengubah suai. So, maksudnya Iphone refurbished set ni dia pakai chip/motherboard yg dari Apple original cuma luaran(body) tu bukan dr Apple je dan sebahagian komponen mcm bateri jugak mungkin bukan dr Apple.

      Padam
  2. aku selalu buat gak macam SITUASI 1 tu.. kengkadang aku yg rugi, kengkadang aku untung.. tapi antara kengkawan jela.. plg banyak pon sepuluh ringgit.. so bukan riba' la kan.. pheww

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya situasi 1 tu memang xde apa....Kalau mcm dah pinjam pastu kita sendiri yg nak bagi lebih xde masalah sebenarnya. Aku baru dengar ustaz indonesia cakap sunat kalau lebihkan bayaran sebagai 'hiba' semasa melang saikan hutang.

      Padam
  3. Bila berhadapan dengan hutang, aku tak suka serabut macam ni.
    Konsep aku senang, kau hutang aku RM1, kau bayar RM1.
    Kalau nak pusing-pusing suruh orang lain bayar apa semua sorry, buat penat aku je. Hehehe

    Bagus ilmu kau kongsi ni.
    Nak harap aku cari memang takkan baca laa. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa..betul2. Nak senang memang cara kau ni cEro. Hutang rm1 bayar rm1. Masalahnya member aku suka betul pas2 hutang sampai kadang2 aku pun x boleh nak confirm balance sesama sendiri..haha...So, nasib la siapa rugi/untung masa langsaikan tu, asalkan dipersetujui kedua2 belah pihak..

      Padam
  4. mcm tu pun ada ye..hum orang lain yg berhutang dgn dia,tapi kita yg kena ambik alih urusan hutang miutang tu...lagi pun,jual beli dengan cara mcm tu boleh jatuh hukum berdosa..itu bkn dikira jual beli...kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dalam aktivit seharian maybe tak berapa nak ada...tapi ada possibility jadi camni kat company kalau company tu nak jual penghutang(debtors) untuk langsaikan hutang bila xde duit.

      Jual beli hutang ada isu sikit. Kalau baca blog ustaz zaharuddin tu ada scholar yg kata permissible ada yg kata tak. Tapi kesemua mereka intrepret berdasarkan dalil. So, basically ianya boleh jadi haram atau halal. Terpulang la nak yakin dgn pendapat yg mana. Btw, pada akhir entri tu ustaz zaharuddin ada tulis:

      "Therefore, as long as there no ijma’ (consensus of jurist) that forbids Bay’ ad-Dayn, it is not healthy to condemn other ijtihad. However the best way suggested in this kind of issue is “Get out from the disputation is always recommended”.

      So, kalau boleh elak, elakkan je jual beli hutang ni. Tapi kalau terpaksa, masih lagi dibolehkan berdasarkan beberapa pandangan scholar.

      Padam
    2. owh..tapi mungkin kene ikut keadaan..kalau darurat sgt baru lah boleh..islam tu pn bukan kejam sgt..kn..sama macam kita dibolehkan makan benda haram,kalau dah betul2 darurat...wallahualam..

      Padam
    3. Betul. Kena ikut keadaan la. Tapi isu debt trading ni masih lagi 'open to discussion', so masih lagi hukum dia boleh jadi halal atau haram, Belum ada sepakat dari seluruh ulama' yg benda ni haram.

      Kalau mcm makanan haram tu dah clear haramnya. Takde perbezaan pendapat pun antara Imam2/scholar2/ulama'2 tentang pengharamannya. Cuma dibolehkan makan time darurat. Ada lain sikit dengan isu debt trading ni.

      Padam
  5. thankyou atas perkongsian ni. sebab aku pernah buat macam situasi 1. err selalu buat! hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome. rasanya ramai je buat macam siituasi 1 tu. Berdasarkan pendapat yg meyakinkan aku, rasanya xde masalah pun kalau terlibat dalam keadaan seperti situasi 1 tu. Lagipun, aku pun kadang2 sama gak buat. haha...

      Padam
  6. Hutang sangat merimaskan dan melemaskan.
    Senang kalau tak cukup duit tak payah beli barangan yang lebih kepada kehendak semua tu.
    Contoh situasi berhutang yang tidak perlu cenggini nak pergi bercuti ke Korea duit takde sanggup lah pulak buat personal loan.
    Hohoi! baik tak payah.
    Konon pergi bercuti nak release stressed, balik-balik bercuti dikejar orang-orang bank daa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...kalau pergi bercuti pun nak berhutang, memang orang tu mengamalkan konsep hidup "biar papa asal bergaya la". Setuju dgn Mrs. A. Bercuti ni rasanya bukan keperluan pun sampai perlu berhutang pulak. Kalau rasa xde duit, x payah kot bercuti jauh2. Cuti kat rumah cukup la nak hilangkan stress tu,...

      Tapi untuk company, normal je hutang ni. Sebab satu transaksi kadang2 puluh2 ribu. So, nak tunggu ada duit( cash inflow), co hutang dulu. Lagipun dalam co. ni, nak keluarkan duit utk bayaran ada prosedunya, kena mintak sign lagi, lama la prosesnya. So, jarang company boleh lari dari hutang walaupun ia merimaskan. Btw, entri ni lebih kepada accounting dan situasi dalam co. sebenarnya.

      Padam
  7. aku pon jenis mcm cEro tu gak. hutang dgn aku, byr dgn aku ikot jumlah yang dah berhutang tu. takyah nak sesuka hati pass2 hutang tu ke sana sini. silap haribulan, memang aku sembur je berdepan. aku jenis direct je. Tambah pulak kalo aku di pihak yang betul, memang direc je aku bagi. dunia zaman sekarang ni pulak memang ramai manusia makin tak faham kalau jenis kias-kias nih. semuanya kena cakap direct depan hidug je baru nak faham. hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahaha...ganas rupanya kau ni. Betul la tu kalau nk senang hutnag rm2 bayar rm2. Tak perlu nk pass2.

      Tapi aku memang selalu jugak dgn mmber aku pass2 hutang ni. Lgpun, member sendiri je.... kalau dh member terlupa lepas pass2 brp amaun patut bayar tu, kira halal je la... Sbb setakat bwh rm10 xkan la nk berkira sgt dgn member.

      Nasib baik la member aku semua jenis byr hutang.xde masalah nk kutip hutang...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...