Berhari Raya Korban di Kemboja

Salam.

Selamat Hari Raya Aidiladha semua.

Baru2 ni aku tetiba je tergerak hati nak tahu cerita pasal umat Islam kat Kemboja ni. Mungkin sebab ada kenalan aku yang berkait rapat dengan umat Islam kat Kemboja tu kot, tu yang aku saja nak cari sikit pengetahuan pasal tu...

Sumber gambar

Dengarnya umat Islam kat Kemboja ni masih lagi struggle disebabkan peristiwa perang yang pernah berlaku dulu. Tak silap aku nama pemerintah yang buat kecoh ni Pol Pot nama dia. Tak lama pun dia memerintah,dalam 3 tahun je. Tak sempat nak undi lagi sekali pun....kalau kat Malaysia la...

Tapi....
Fuhhh...kesan pemerintahan dia..., lebih kurang 2.5 juta jugak la rakyat yang terbunuh masa tu.
Memang kejam. Dikatakan Pol Pot ni memang nak hapuskan Islam yang menjadi jati diri masyarakat Melayu Cam ketika itu. So, dia memang nak kasi licin la senang cerita. Nak baca sejarah lebih, boleh baca kat sini.

Disebabkan peperangan tersebut la, ada yang melarikan diri ke tempat2 yang lebih selamat termasuk la Malaysia. So, kalau nak ikutkan..kesan perang tu masih lagi ada sampai sekarang.

Dikatakan, umat Islam kat Kemboja tu masih lagi susah nak dapatkan ilmu sebab masa perang tu ada la lebih kurang 20 buah masjid telah dimusnahkan dan lebih 200 ulama dan imam dibunuh.
So, agak limited tempat nak cari ilmu pengetahuan.

Sumber gambar
Kebanyakan mereka pun masih lagi hidup dalam keadaan yang agak susah. Dengar cerita nak dapat makan daging lembu/kambing pun cuma dua kali setahun. Tu pun masa raya haji dan raya puasa.

So, time raya haji camni la baru diorang dapat menikmati daging2 tersebut. Jadinya, kalau korang nak buat korban ni elok la kalau buat korban kat Kemboja ni. Daging2 tu dapat la dibahagikan kepada mereka yang betul2 memerlukan.

Kalau korang nak buat korban kat Kemboja ni, boleh buat online je kat eQurban.com. Kalau sekarang ni agak terlambat la kalau nak tempah buat korban pun, sebab rasanya tarikh tempahan memang dah tutup. Dah raya kan.... 

Tapi, korang masih lagi boleh berbuat amal dengan buat aqiqah kepada sesiapa yang ada nak sambut anak lahir tu. Aqiqah ni sepanjang tahun. Buat aqiqah untuk diri sendiri pun boleh kalau belum pernah buat lagi sejak lahir.( Aku lupa ustaz mana cakap, tapi ada dia cakap boleh...)

Kalau tak pun, boleh je kalau nak buat wakaf. Ada tiga jenis wakaf:

1. Tanah wakaf untuk pendidikan Islam di Kemboja
2. Waqaf perigi dan tandas
3. Projek Tuk-Tuk(kenderaan bertayar tiga macam kat dalam cerita Ong Bak)

Kalau waqaf ni, boleh kot kalau korang amik yang pertama tu... 5 meter persegi= RM18, ada duit lebih boleh amik yang 50 meter persegi= RM180, kalau masih banyak duit lagi, boleh up lagi. Yang tu korang pergi kat website eQurban la baca sendiri.
Yang nombor 2 dan 3 tu satu bahagian dalam RM100++ la tak silap....

Pada mulanya, aku nak cari tahu pasal umat Islam Kemboja je, pastu tiba2 pulak aku dapat tahu pasal eQurban ni. Dan aku rasa eQurban ni memang trusted. Kalau buat korban pun, nama korang akan diupdate kat website. Lagipun eQurban ni kan projek blogger terkenal Denaihati. So, memang boleh dipercayai la...

Selain itu, agak menarik juga program affiliate eQurban. Siap ada cabaran dan hadiah lumayan lagi.

1. Komisen terkumpul RM15,000 - Hadiah pakej mengerjakan Umrah untuk seorang
2. Komisen terkumpul RM3,000 - Hadiah pakej Kembara Kemboja 4H3M untuk seorang
3. Komisen terkumpul RM1,500 - Hadiah Samsung Galaxy Tab 4
4. Top Rakan Niaga yang mencapai jumlah komisen RM15,000 ke atas - Hadiah sebuah iPhone 6

Memang da bomb jugak la hadiah dia.

Tapi, kalau jadi affiliate ni, komisyen berdasarkan jualan lembu/kambing korban dan aqiqah sahaja. Tak ada kena mengena dengan wakaf tu.

Komisyen dia pulak macam ni:



So, aku dah alang2 tahu benda ni, aku join je la....nak dapat hadiah cabaran tu maybe sangat tipis. Tapi, aku rasa ni la benda paling berbaloi sekali pada aku untuk iklankan kat blog ni pun. Biar la dapat income ke tak, cukup la ada orang terbaca dan tahu pasal eQurban ni dari blog aku. Harap2 nanti orang yang baca/terbaca tu teringat la pasal eQurban dan ada rasa nak tolong saudara Islam kita yang susah ni nanti.

Tapi, kalau korang yang terror2 marketing tu, yang blog dah famous tu...boleh la kalau nak buat duit dari eQurban ni dan menang hadiah cabaran tu. Berbaloi wehhh kalau menang.... Cubalah, mana tahu rezeki korang murah dengan eQurban. Sambil buat duit sambil beramal. Hehe...

Aku harap kita semua dapat la bantu saudara Islam kita di Kemboja tu. Kalau tak mampu, bantu la setakat yang mampu macam waqaf 5 meter persegi= RM18 tu ke...Tak pun, kalau tak mampu jugak ajak la orang lain yang mampu tu suruh buat korban/aqiqah kat Kemboja. Mengajak orang berbuat amal dan kebaikan adalah investment yang lebih menguntungkan dibandingkan dengan program affiliate lain kat dunia ni.

Akhir kata dari aku.
Selamat Hari Raya Aidiladha.

Jika aku ada terbuat salah selama ini, harap kalian dapat maafkan.
Aku juga manusia biasa. Tak lari daripada berbuat dosa. Agak2 aku salah tu, aku tak kisah pun kalau korang nak tegur macam mana sekali pun. Asalkan cara korang menegur tu tak berbuat dosa cukup. (contoh: menegur sambil memaki hamun, menegur sambil menuduh, menegur sambil mengaibkan)

Nasihat aku, harap korang tak bazirkan daging korban yang diberi.
Selamat Hari Raya Aidiladha guys!

Salam.



16 ulasan:

  1. Thankyou for sharing. Skrg mmg ramai umat islam yang tertindas. Sama2 la kita bantu mana yg mampu.

    Salam Aidiladha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome. Yup...byk saudara islam kita yg lebih susah drpd kita yg duduk kt Malaysia ni. Harap kita dpt bantu ringankan beban diorg. Paling x pun...doakan la mereka..

      Padam
  2. syukur kan kita dilahirkan di Malaysia, ada jgk subjek agama kat sekolah. kat sana, nak belajar subjek agama, kena cari seniri. huhu.

    SALAM AIDILADHA DARI PENANG, BRO LEY!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan kt sekolah je subjek agama ni..kat surau2, masjid2 pun byk gak kuliah/ceramah. Semua tu free je.

      Bila fikir balik, betapa beruntungnya duduk Malaysia ni, senang je nak cari ilmu agama, kalau mcm kt kemboja tu, nak ada naskhah al-Quran pun masih lagi payah..

      Salam Aidiladha.

      Padam
  3. Selamat hari raya, Bro Ley.

    Bagus entri ni. Boleh buka minda aku.
    selalu dengar pasal muslim Kemboja semua tu, tapi tak pernah tergerak nak korek lebih dalam.
    Insya Allah siapa yang ada rezeki lebih2 tu bolehlah bersedekah korban sedikit, buat ringankan mana yang berat di sana.
    Pesanan utk diri aku juga. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya cEro.

      Yup, aku pun pernah dgr pasal islam kemboja sebelum ni tapi baru kali ni nak tahu lebih pasal umat islam kt kemboja. Sebagai peringatan buat aku gak benda ni.

      Boleh la ada rezeki lebih tu tolong diorang ni sebab diorang memang memerlukan. Tapi kalau ada family sendiri yg susah, better tolong family sendiri dulu.

      Padam
  4. selamat hari raya..maaf zahir batin...

    BalasPadam
  5. Berkorban apa saja harta ataupun nyawa bak kata P.Ramlee.
    Rasanya belum terlambat Mrs. A nak ucapkan selamat hari raya aildil adha buat Bro Ley :-).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapnya nyanyi. Hahaha...
      Selagi tak cukup sebulan, selagi tu boleh ucap hari raya. Hehe...

      Selamat hari raya aidiladha jugak Mrs A.

      Padam
  6. selamat hari raya bro!
    nice sharing, lepasni takde alasan lagi nak cakap tak sempat nak bantu, benda dah senang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya jugak zyra.
      Welcome. Betul tu.... nak buat baik skrg dah makin mudah. Tinggal diri sendiri je sanggup x sanggup.

      Padam
  7. nice sharing psl ni Bro Ley. moga memberi faedah utk diri aku jugak. skrg lebih mudah sbnrnye nak bantu. byk cara yg mudah cnthnye mcm eQurban online ni la. moga ada saham utk kita nanti. sama-sama kita :)

    Salam Aidiladha Bro Ley.
    maap lambat pulak ucap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga bermanfaat. Harap lepas ni, xde la kita boros bila berbelanja. Ingat jugak org yg kurang bernasib baik ni..

      Selamat hari raya jugak.

      Padam
  8. Sangat bermanfaat. Sebelum nie tau sikit sikit jer pasal Islam kat Kemboja tuu...
    Kita kat sini sepatutnya bersyukur sebab bebas memilih dan mengerjakan ajaran agama...
    Anyway, sekarang nie nak beribadah apa semua dah cukup mudah dah kan...

    Salam Aidil Adha... #sempat

    BalasPadam
  9. Harap brmanfaat...tu la..kita ni selalu lupa nk bersyukur, makan benda sama tiap hari pun dh bosan...cuba tgk org islam kt kemboja tu...nk makan sedap sikit pun susah...

    Salam aidiladha juga...asalkan x cukup sebulan, sempat lagi....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...