Sepanjang hidup korang, mesti korang
pernah bergaduh berselisihan pendapat kan? Tak kira la dengan
kawan-kawan ke, adik-beradik ke, anonymous di alam maya ke....So, aku nak tanya
korang apa tujuannya kita bergaduh berselisihan pendapat ni? Nak tunjuk
yg kita je betul? Nak rasa kepuasan bila dapat buktikan orang lain salah? Nak
hilangkan bosan dengan sakitkan hati orang lain?
Sumber: Google images |
Aku yakin ramai di antara kita bila
berbalah, mesti dia nak menang je. Ye la...satu kepuasan tu bila menang dan
dapat buktikan yang kita betul. Kalau korang jenis yang camni, berubahlah.
Kalau korang masuk pertandingan debat takpe la nak ada perasaan camni.
So, aku nak ingatkan diri aku dan
korang semua yang kita berselisihan pendapat bukan la untuk buktikan siapa
betul siapa salah, tapi untuk kita tahu apa yang betul dan apa yang salah.
Memang kadang2 kita akan berlainan pendapat dengan orang lain tapi itu bukan
bermaksud hanya salah seorang je yang betul. Boleh jadi dalam sesuatu perbalahan
perselisihan pendapat kedua-duanya pun betul.
Kenapa aku cakap camni? Ok la...
sebagai orang islam mesti kita tahu yang terdapatnya 4 mazhab yang diikuti oleh
seluruh umat islam. So, macam mana boleh terjadinya 4 mazhab ni? Adakah hanya
salah satu sahaja yang betul? Boleh ke kita tuduh orang lain sesat kerana
berlainan mazhab? Imam- imam ini juga manusia dan mempunyai pandangan yang
berbeza dalam menafsirkan sesuatu ayat
Quran atau hadis. Oleh itu, terhasil lah 4 mazhab yg ada sekarang ni. Tapi
kesemuanya dianggap betul kerana kesemuanya berasaskan nas-nas yang kukuh.
Nampak tak? 4 perbezaan pendapat tapi kesemuanya dianggap betul. Siapa kita nak
anggap diri sendiri saja yang betul sedangkan ulama' dan imam-imam terdahulu
pun menghormati perbezaan pendapat di kalangan mereka.
So, jangan lah kita ego bila dah
banyak ilmu dan rasa diri sendiri je yang betul. Percayalah...walau banyak mana
sekalipun kita mencari ilmu, pasti ada lagi ilmu yang masih belum kita ketahui.
Bila berselisihan pendapat tu try la respect pendapat orang lain. Aku menyampah
betul bila berbalah tu dia punya la nak menang...lepas bagi point dia terus je
bising2 la, tutup telinga la, merepek ntah apa la cuma sbb tak nak dengar point
member dia yg dia berbalah tu. Macam budak kecik lak....pastu muka puas sebab
rasa dia menang. Kalau memang budak kecik takpe la...ni dah besar pun masih
camtu lagi, come on la...buang la ego tu sikit, tak rugi la respect kat orang
lain.
Sumber: Google images |
So, nak berselisihan pendapat takpe,
tapi make sure di akhirnya kita tahu apa yang betul apa yang salah. Kalau nak
setuju dengan orang lain je memanjang tak bagus jugak, tak berkembang pulak
otak nanti. At least dengan berdebat secara tak formal ni dapat la bukak minda
sikit, tahu apa orang lain fikir tapi jangan la sampai bergaduh dan menyinggung
perasaan orang lain. Jadi, kalau korang tak setuju dengan apa yang aku tulis ni
sila la komen secara baik. Aku pun manusia tak lari dari buat silap.
Peace.
Bab 'berbalah' atau 'berdebat' aku suka jugak. dan aku memang akan fight habes-habesan sekiranya aku mmg ada fakta berserta bukti yg apa aku ckp tu adalah benar. mmg aku fight sampai aku menang. sebab aku mmg ada bukti & fakta sebenar. tapi kalau aku mmg xde bukti & fakta, aku akan let it be je. taknak aku gaduh buang air lior =D
BalasPadamsometimes lah...kadang malas nak ambik port. tapi bila sendiri terlibat, nak layan cam malas, nak lawan cam takde sebab. kalau dgn pertelingkahan tu menimbulkan perang dingin, aku pilih senyap je kot. tapi kadang dgn senyap pun boleh jadi isu gaduh. entahla...
BalasPadam