Hari tu aku ada cerita pasal iphone preorder kat blog dan ada buat review pasal iphone refurbished set yang aku pre order tu. Kat dalam entri Review: Iphone 5c refurbished set tu jugak aku ada mention pada bahagian komen kepada sesiapa yang nak tahu kat mana ig aku beli tu sila email aku personal.
So, banyak jugak yang tanya dalam email nak tahu aku beli kat ig mana. Actually sebahagian daripadanya aku dah reply. Itu yang tanya masa awal2 la.... Tapi sekarang ni aku rasa macam aku dah tak boleh nak share lagi kat orang ramai aku beli kat ig mana. So, aku masih lagi fikir2 sama ada aku patut reply atau tak soalan korang.
Kenapa tak boleh nak reply?
Sebabnya.....
Sampai sekarang aku masih usha2 lagi instashop-instashop yang jual iphone preorder ni just nak tengok update terbaru diorang. Kebanyakannya sekarang memang kena bash je sebab delay yang terlampau lama termasuk la igshop yang aku beli iphone pre order hari tu.
Btw, dalam first entri pasal iphone preorder aku ada mention dalam ruangan komen yang aku percaya je kat admin instashop ni, tapi aku kurang percaya kat supplier diorang. So, kepada sesiapa yang tanya aku dan nak tahu instashop mana yang tak menipu tu.....
Aku rasa.... kebanyakan instashop ni tak ada niat nak menipu korang pun. Diorang memang betul2 nak deliver barang tu kat korang. Problem dia sekarang adalah kebanyakan instashop ni bergantung sepenuhnya kepada supplier yang bukan dalam kawalan diorang. Jadi...
Kalau supplier tipu admin instashop, korang yang oder pun sama akan ditipu.
Kalau supplier delay barang untuk pass kat admin instashop, korang pun akan terkesan dan dapat phone lambat.
Kalau supplier minta admin instashop buka sale baru tapi barang belum tentu ada, korang pun akan terkesan dan order barang yang tak confirm ada.
So, pada pendapat aku admin instashop ni kebanyakannya orang tengah je. Korang bash la macam mana sekalipun, diorang tetap tak ada control sepenuhnya ke atas stok barang. Sebab diorang depends on supplier yang korang sendiri pun tak tahu siapa. Jadi, korang kena pandai2 la trust instashop ni. Kalau aku bagitahu ig yang aku beli tu kat mana pun(category trusted ig sebab barang aku sampai), still ada lagi possibility yang ig tu mungkin bakal ditipu oleh supplier diorang lama-kelamaan.
Disebabkan itu, aku dah decide untuk tak akan share lagi kat ig mana aku preorder iphone 5c tempoh hari. Maaf ya kepada yang bertanya. Aku rasa kalau aku bagitahu nanti makin banyak pulak komen bash2 kat page instashop2 tu. So, better tak bagitahu korang daripada tengok ramai orang bergaduh.
Kepada yang tanya ok ke tak refurbished set?
1 daripada 3 iphone refurbished yang aku order ada masalah nak buat call dan tak dengar bila buat panggilan. Tapi yang lagi dua tu ok je. Kesimpulannya, refurbished set ni ikut nasib. Kalau dapat yang ok, ok lah phone tu. So, kalau boleh carilah phone yang ada warranty at least setahun dan senang claim tak kisahlah refurbished atau new set. Kalau dah ready tanggung risiko je baru ambik phone yang warranty 1-3 bulan.
Ok ni je la aku nak update. Kepada yang dah email aku lama tu sorry sangat2 sebab aku terpaksa balas dengan cara macam ni.
Semoga hari anda sukses dan ceria sentiasa.
** Bosan2 boleh la baca ni: Cerita Sensasi di Kedai Kopi
Baca lagi:
- Review: Iphone 5c Refurbished Set (Pre Order)
- Betul ke makhluk halus ‘tindih’ kita semasa tidur?
- 6 Mitos tentang seorang 'Introvert'
- Marah pun bagus ke...
- Tutorial: Cara install windows 10 guna pendrive
- Mana entri Julai aku??