Iphone preorder murah yang viral

Salam.

Sekarang ni viral kat Instagram pasal iphone murah, iphone refurbished dan iphone preorder semua tu…. Then, ramai la yang order sebab murah sangat. Lepas tu, ramai la jugak yang tak sabar2 nak dapat barang yang diorder sampai spam group whatsapp banyak kali. Semak jugak aku kalau dah tiap2 hari dapat notification dalam group tanya benda sama je… “admin, bila nak dpt iphone?”, “admin, iphone mana?”...duhh..

Aku ada jugak order, boleh je aku chill….haha… tapi entri ni bukan nak cerita pasal aku. Kalau dapat barang aku alhamdulillah, tapi kalau x dapat…..hmmm…entahlah, tapi masa aku beli tu aku memang dah siap sedia dengan apa2 possibility. Wang yang aku keluarkan tu memang banyak tu je la aku sanggup tanggung risiko kalau kena tipu pun. Sebab online shopping ni senang je nak kena tipu, tapi seller yang aku beli ni kira trusted jugak la…. So, aku berharap tak lama lagi barang tu sampai la…

Sumber gambar
Jadi, aku nak tanya korang, korang kalau ada bisnes jual iphone korang nak ke jual murah sampai sanggup kurangkan harga sehingga RM500 dari harga standard jual kat kedai2?
Aku rasa takde siapa nak jual murah sampai cut harga dari RM700 jadi RM200…
Melainkan korang tetap dapat untung yang berbaloi even jual pada harga rendah macam tu…

Korang bayangkan aku pre-order iphone 5c refurbished dalam RM200 je…
Harga average kat kedai pun lebih kurang RM700 (ni aku refer harga kat lazada…)
So, berapa sangat la untung dari jualan iphone berharga RM200 tu???

Mesti korang rasa supplier dapat murah apabila beli borong kan??
Aku cuma nak tanya, ada ke retailer/store yang sanggup bagi diskaun sampai 70% (RM500/RM700 x 100%) kepada supplier kalau beli secara borong??
Let’s say… korang ada stok barang, then ada orang nak beli barang korang tu….
Korang rasa la… korang mampu ke nak bagi diskaun sampai 70% sebab orang tu borong banyak?
Rasa susah bukan???

Tapi, macam mana boleh ramai pulak yang jual iphone murah ni? Barang pun mostly original. Walaupun secondhand dan refurbished set, masih lagi dikira original…
Pelik kan??

Sumber gambar
So, entri ni sebenarnya tentang persoalan yang bermain2 di kepala aku….
Sebelum tu, aku nak bagitahu… apa yang aku nak sampaikan ni tak semestinya menggambarkan situasi sebenar igshop yang jual iphone murah ni. Ini hanya kemungkinan dan assumption aku sahaja….

Idea untuk entri ni aku dapat pun daripada perbualan dengan seorang kawan aku.

So, macam ni…..
Pada pandangan aku....
Kebanyakan iphone murah ni semuanya dijual secara preorder. Preorder bermaksud customer terpaksa bayar dulu dan barang akan dapat kemudian. Mungkin customer tepaksa tunggu sehingga 8-12 minggu ataupun lebih lama lagi….

Tujuan preorder

Mengikut instashop: Untuk order secara pukal bila dah kumpul duit dari customer semua.
Pendapat aku: Untuk seller dapat pegang duit tu dulu, then gunakan duit tu untuk invest dan mendapatkan profit.

Aku nak cerita pasal pendapat aku je..
So, macam mana seller dapatkan profit dengan duit preorder tadi?
Macam2 jenis investment diorang boleh buat untuk dapatkan profit bila dah ada modal ni, contohnya….
Main Forex.

*seller yang aku maksudkan bukanlah admin instashop, tetapi seller yang akan supply barang kat admin

Hukum main forex korang boleh refer sendiri kat zaharuddin.net, atau mana2 website lain yang boleh dipercayai. Aku setuju dengan pendapat ustaz zaharuddin yang forex itu haram. Kalau korang rasa lebih yakin dengan pendapat yang kata forex tak haram, terpulang pada korang. Aku bukan ustaz pun….tapi seeloknya jauhkan diri dari perkara syubhah…

Ok, cerita pasal forex…

Main forex ni kalau pandai main, sehari dua pun dah boleh buat untung ribu2.
Korang bayangkan kalau sehari boleh untung cecah seribu.
Kalau seminggu dah berapa ribu???
Kalau 8-12 minggu( 2-3 bulan) dah berapa ribu???
Tapi, kalau rugi pun beribu2 jugak la…..

Macam mana main forex boleh dapat untung banyak tu?? Macam ni…..

Contohnya, korang beli dan trading wang USD 1,000.
Masa tu kadar matawang USD1.00 = RM4.00
So, jumlah modal diperlukan = USD 1,000 x 4 = RM 4,000
Dengan kaedah leverage, USD 1,000 tadi boleh jadi USD 100,000. (Nisbah 1:100)
So, boleh trading USD 100,000 walaupun hanya bayar pada harga USD 1,000. 
Untuk menyambung contoh ini, dijadikan cerita….. 
Pada keesokannya US dollar meningkat menjadi USD1.00 = RM4.0010 (tak sampai satu sen pun naik)
Then, korang decide untuk jual/close position USD 100,000 tadi pada harga tersebut
So, untung yang korang akan dapat dari jualan = USD 100,000 x (4.0010 – 4.0000) = USD 100 
Dalam ringgit korang akan dapat = USD 100 x 4.0010 = RM 400.10

Nampak tak?? Tak sampai satu sen pun duit dollar naik, dah boleh untung sampai RM400…. Banyak tu…
Cuba kalau US dollar naik seposen, dah jadi untung RM41, 000 dah….
Ni baru kalau modal RM 4,000…
Kalau dah berlambak2 customer order, tak ke beribu2 modal seller ada..

Ini hanya contoh mudah secara general kalau main forex. Aku touch on the surface konsep forex sahaja bagi mudah orang ramai faham. Cara sebenar main forex aku pun tak tahu, sebab aku pun tak pernah main lagi. Haha… Tapi berdasarkan apa yang aku baca, lebih kurang macam tu la cara dia…. (Kalau ada siapa yang lagi tahu pasal forex dan rasa apa yang aku tulis ni salah, sila inform aku…)

Sumber gambar
So, disebabkan investment yang berbaloi2 macam ni la, aku rasa seller boleh jual iphone dengan harga murah. Sebab untung pun dah banyak sepanjang guna duit customer 2-3 bulan tu untuk buat modal, so takde hal la takat nak beli iphone dan jual balik pada harga yang lebih murah kepada customer….Duit customer yang dikumpul banyak2 tadi hasil preorder tu pun dah banyak membantu seller untuk make profit berganda2. Setakat tolak kos beli iphone untuk diagihkan kepada customer, tak luak mana pun rasanya untung tu…. Tapi, ni kalau cerita investment tu menguntungkan la… kalau rugi, kena fikir sendiri la….

Ini hanyalah assumption aku. Tak semestinya seller yang jual iphone murah ni main forex. Maybe seller ada investment lain yang sangat menguntungkan diorang sampai mampu untuk cover cost bisnes walaupun jual iphone pada harga murah… Agak pelik seorang seller nak jual iphone dengan harga yang tersangat murah tanpa fikirkan untung rugi sendiri.

Semua bisnes ada untung rugi.
Aku rasa untuk item preorder ni diorang dah setkan target untuk capai untung berapa banyak dari investment then baru boleh beli stock iphone untuk batch tersebut. Kalau tak capai target, maybe akan delay stock.
So, kalau delay stock…habislah semua customer meroyan kat group whatsapp. Aku pun semak. Harap2 cepat la dapat iphone group batch aku tu…aman sikit…

Ini hanya pendapat aku tentang igshop yang jual iphone murah ni.
Bukan aku nak cakap admin igshop tu buat benda yang macam yang aku cerita ni…
Mungkin admin igshop hanya ambil order dan dapat commission sahaja, takde kena mengena dengan investment tu pun…
Investment tu more on orang atas2 punya part la….

Kalau bukan ada something else yang diorang buat boleh buat untung, aku rasa masih ragu2 dengan kebolehan instashop ni semua jual iphone begitu murah..

Ok..tu je kot...
Harap korang faham la apa yang aku sampaikan ni. Kalau ada yang tak sependapat dengan aku atau nak bangkang aku ke..., boleh la utarakan di ruangan komen. Mungkin korang punya pendapat tu lebih betul dari aku…

Kalau korang bosan2, boleh jugak baca kat carigold forum orang discuss pasal iphone preorder ni..

Atau korang boleh baca penjelasan dan pandangan dari Momo Phone Accessories pasal iphone preorder jugak...


Disclaimer:
Entri ni hanya untuk mengajak anda berfikir.
Bukan untuk menuduh mana2 pihak perkara yang bukan2.
Sila baca dengan hati yang terbuka dan open-minded.
Terima kasih.

Baca lagi:






Gaji sikit macam mana nak cukup?

Salam,

Entri bebentuk situasi. Sila gunakan imaginasi yang tinggi untuk baca entri ini.
Kedua2 situasi berlaku pada hari yang sama di tempat yang berbeza.


Situasi 1 (10.00am -1.00pm)

Fakhrul Razi seorang yang biasa2 tetapi mempunyai kerja sampingan dan gaji tetap.
Gajinya dibayar ikut hari.
Gajinya sebanyak RM6 sehari.
Hari ini macam biasa dia dapat gaji RM6.
Pada tengah hari, dia membeli nasi ayam sebungkus berharga RM6 untuk lunch.
Dia makan dengan puas dan kenyang dengan nasi ayam tersebut.
Baki = RM 0.00


Situasi 2 (10.00am – 1.00pm)

Rakannya, Azman Ali pula merupakan seorang yang lebih tinggi pangkatnya dan mempunyai gaji tetap.
Gajinya juga dibayar ikut hari.
Gajinya sebanyak RM100 sehari.
Hari ini macam biasa dia dapat gaji RM100.
Pada tengah hari, dia juga membeli nasi ayam sebungkus berharga RM6 untuk lunch.
Di pertengahan jalan, nasi ayamnya terjatuh dan tumpah kesemuanya.
Dia pasrah dan ingin membeli sebungkus nasi goreng pula.
Malang tidak berbau, dia tidak perasan baki duitnya sebanyak RM94 juga telah tercicir.
Baki = RM 0.00


Pada pendapat anda, siapakah yang lebih murah rezekinya setakat pukul 1 tengah hari pada hari tersebut?

Fakhrul Razi yang mempunyai gaji RM6 sehari?
Atau…..
Azman Ali yang mempunyai gaji RM100 sehari?




Illustrasi untuk menggambarkan situasi dengan lebih jelas:









Kadang2 kita terlalu mengejar kekayaan sehingga tak perasan rezeki bukannya terletak pada duit semata-mata. Tubuh badan yang sihat, keluarga yang bahagia, masa lapang yang banyak dan ketenangan serta kegembiraan dalam diri kita juga antara nikmat rezeki yang Allah beri pada kita.

Kemudahan dalam menyelesaikan sesuatu urusan juga boleh dianggap rezeki yang Allah beri kepada kita. Dengan mudahnya urusan tersebut, kita akan rasa lebih happy, lebih tenang, tidak perlu habiskan banyak masa menyelesaikannya dan kurang pressure yang mampu buat kita jatuh sakit. 

Seseorang yang bergaji RM15,000 sebulan belum tentu murah rezekinya jika dibandingkan dengan seseorang yang bergaji RM1,500 sebulan. Boleh jadi yang bergaji RM15,000 tu banyak tanggungannya dan silap2… baki duitnnya tinggal RM100 pada hujung bulan hanya dengan sebab membayar tanggungannya sahaja.

Dan begitu juga sebaliknya. Boleh jadi yang bergaji RM1,500 sebulan itu mampu untuk menyimpan lebih dan ada baki RM200 pada hujung bulan kerana tanggungannya yang rendah. (cth: kadar sewa rumah rendah, banyak tempat makan murah di sekitarnya, transportation ke tempat kerja yang murah dan mudah, etc…)



Kadang2 kita nampak orang kaya, tapi diuji dengan ahli keluarga yang sakit dan memerlukan rawatan kos tinggi. Akhirnya semua duitnya digunakan untuk membayar kos rawatan tersebut.

Kadang2 kita nampak orang yang bergaji rendah, tapi hidupnya nampak tenang dan bahagia je… Duit pun sentiasa cukup je tiap2 bulan dan kita merasa hairan macam mana dia boleh survive. 

Semuanya nikmat dan rezeki Allah. Kalau ditakdirkan duit tersebut bukan rezeki kita, simpanlah kat peti besi paling secure sekalipun, tak akan jadi milik kita. Kita hanya diamanahkan oleh Allah untuk pegang duit tu sahaja. Tapi kalau ianya rezeki kita, duit tu kat Amerika Syarikat sekalipun tetap akan sampai kepada kita dan dapat kita gunakan.

Duit mampu membantu beri kebahagiaan, tetapi duit bukanlah segala-galanya. 
Yang penting adalah rezeki yang diberkati.

Sekian.

Baca lagi:




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...