Apa nak buat kalau terjatuh cinta dengan bos sendiri?

Salam.

Sebelum tu…tajuk entri aku tak boleh blah…hahaha…Apa pendapat korang kalau aku jatuh cinta dengan bos sendiri? Pelik ke? Tapi kan… cinta tak mengenal usia, pangkat, harta dan sebagainya…so acceptable kan? Kan??? Please la tolong aku jawab persoalan ini.

Cinta dengan bos

OK..aku nak gelak lagi sekali…hahahaha…

Tak sangka betul boleh jadi macam ni. Cerita dia macam ni….Tadi aku check traffic sources kat blog aku, tiba2 aku terbaca sesuatu yang mecuit hati. Korang nak tahu apa dia? Aku terbaca kisah cinta terlarang kat traffic sources blog aku sendiri. Tak boleh blah…hahaha…bila masa entah aku buat entri pasal cinta2 macam ni…

Ni ha.... individu yang tersesat ke blog aku sebab buntu memikirkan kisah cintanya dengan bos sendiri barangkali:

Cas Positif

Tak tahu la macam mana keyword macam tu boleh masuk ke blog aku. So, aku pun cuba jugak gunakan keyword yang sama untuk pastikan betul ke keyword pelik macam ni boleh sampai ke blog aku. So, ini hasilnya:

Keyword yang aku guna

Zoom in
Betul rupanya…. Pada saat aku search ni, entri aku berada di page keempat google search, kalau lepas ni maybe dah jauh kebelakang. Actually keyword tu aku tak gunakan pun pada entri aku. Kalau korang buka entri tu, cuma ayat yang pertama tu je yang ada kat dalam entri tu. Yang keyword2 lain tu semua hasil daripada komen balas aku.

So, baru aku tahu yang ruangan komen pun membantu visibility sesebuah blog di enjin carian google. Dan baru aku tahu enjin carian google juga faham yang shortform bagi perkataan ‘dengan’ ialah ‘dgn’. Oleh itu, terima kasih semua yang sudi beri komen kat blog aku ni. Kalau korang tak beri komen, tak adalah komen balas dari aku, maka, tak ada la entri ini. So, thanks a lot.

Ok..disebabkan tiba2 ada keyword pelik macam ni, maka aku ulas sikit la pasal isu cinta dengan bos ni.
Nak ulas apa? Hahaha….aku pun tak tahu...
So, aku ulas sikit je la…


Pendapat aku la....


Kalau korang tiba2 ada perasaan suka kat bos sendiri yang belum berkahwin, aku rasa tak ada masalah pun. Cuma pandai2 korang la nak bina masjid tu dengan cara yang sepatutnya seperti yang Islam ajar. Make sure korang rasa betul2 serius dah nak kahwin baru la boleh ada perasaan macam ni. Takut nanti tak jadi pulak hubungan tu, beri kesan pada kerjaya korang pulak. Sebab korang akan berjumpa dengan bos setiap hari.

Tapi kalau bos tu dah berkahwin, baik korang tak payah merosakkan hubungan rumahtangga orang lain. Kawal sikit nafsu tu. Ramai lagi lelaki bujang lain yang korang boleh jadikan suami. Kalau ada bos yang asyik kacau, jangan layankan….kalau korang layan lagi la lelaki suka untuk kacau walaupun korang acah2 menolak.


Aku pernah pergi satu office yang mana seorang lelaki dengan selambanya bergurau perkara2 lucah dengan seorang perempuan di depan staff2 lain. Perempuan tu macam tak suka tapi buat2 layan je lelaki tu. Kalau aku jadi perempuan tu, aku dah buat bodoh je tak layan langsung.

Disebabkan perempuan tu seakan2 melayan, maka lelaki tu pun suka la buat lagi. Aku pun tak boleh bayang macam mana la staff2 kat situ boleh tahan dengar benda2 macam tu setiap hari. Nasib baik aku tak kerja situ.


..........................................


Jadi, nak bersuamikan seorang bos di tempat kerja korang bukanlah satu masalah. Tetapi yang masalahnya, kalau hubungan korang tu memberi kesan buruk pada orang lain, lagi2 kalau bos tu dah berkahwin. Banyak buruk dari baik aku rasa. Lagipun, jarang nak ada bos muda yang belum berkahwin kecuali kat drama TV3. Kat situ banyak la…hahaha..

So, cari la pasangan yang masih bujang untuk dijadikan suami. Biar tak kaya seperti seorang bos, tapi sayang korang dengan sebaiknya. Jangan asyik nak cari yang dah stabil je…yang dah ada rumah, kereta, dan kerjaya bergaji tinggi. Kalau korang ditakdirkan dengan pasangan yang macam tu, kira rezeki korang la.

Tapi, kalau pasangan korang tu tak sebertuah itu, korang jangan demand sangat. Biar susah sama2, bangkit sama2, berjaya sama2…baru la sweet. Sure korang akan ingat moment2 tersebut dan berasa lebih berpuas hati apabila apa yang korang inginkan tercapai dengan bantuan sokongan dari pasangan masing2.

Alright. Aku rasa tu je la aku nak share. Aku bukan reti sangat pun pasal cinta2 ni. Lagi2 bercinta dengan bos…lagi la tak pernah terlintas di fikiran. Tak sangka betul. Hahaha..

Salam. Have a nice day, guys. Selamat menyambut 1 November.


Baca lagi:



41 ulasan:

  1. kalau tersuka kat bos pejabat sebelah macam mana? boleh minta tolong kawan adjust kan tak? hahaha. aku rasa kau ni boleh jadi kaunselor percintaan la :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..hensem ke bos sebelah? Boleh kalau kau nk aku adjustkan. Tp make sure kau dh yakin nak kahwin dgn dia la... kalau x nanti kau reject je susah gak..hahaha...

      Kaunselor percintaan? Haha...aku tulis apa je pun kt atas ni sampai layak digelar sebegitu..takbleh2..

      Padam
  2. Bercinta dengan bos??!!!
    Mrs. A sependapat dengan bro sekiranya bos itu masih bujang tak kiralah lelaki ke perempuan tiada masalah. Tetapi kalau dah berkahwin, itu kena fikir banyak kali sebab banyak negatif dari positif pada pandangan Mrs. A. Di antara negatifnya pasti kena cop perampas, gatal gedik semua ler.. positifnya ada jugaklah mungkin dapat naik gred, naik gaji, naik pangkat dengan lebih mudah kannsss....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah kan..kena fikir jugak lebih byk benda positif atau negatif. Kalau org yg gilakan pangkat, gaji, boleh la target bos2 utk dijadikan pasangan.
      ...

      Tp mostly akan dicop perampas, gatal dan gedik. So, better cari yg single. Takde org kecoh sgt...

      Padam
  3. perempuan pengaruh drama lah yang google tu.. cari tips barangkali.
    aku? bercinta dgn bos? *pandang bilik bos nauzubillahimalzalik.. jauh kan lah aku dari syaiton yg direjammm.

    oh btw, boss aku cainis tua. so im safe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari tips camne nk tackle bos ke? Haha...sungguh materialistik wanita ini.

      La..apa salahnya. Kau kan single lagi. Mana tahu kau boleh bimbing dia ke jalan yg lurus(islam) ke... Ok apa...haha..

      Melayu + Chinese

      Kacukan terbaik. Nanti anak kau jadi hensem/ cantik. Org cakap la...Hahaha....

      Padam
    2. Ko tak nampak ke perkataan TUA dekat komen aku tu beroooooo :3
      Melayu tua aku boleh pergi lagi tp klau cainis tua a big no no di situ :/

      Padam
    3. Haha..rilek la, rileks..

      Terpulang la kau nak kahwin dgn siapa, aku bg pendapat memain je pun...huhu..

      Padam
  4. Kalau jatuh cinta dengan bos?
    Hohohoh.. Maknanya jatuh cinta dengan diri sendir laa ni sebab aku lah bos!
    Narsistik sangat. Hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh...kau bos ke? Sorry bos, sy dah byk gurau kasar dgn bos. Tak tau pulak yg bos ni seorang bos. Kalau sy tahu, dh lama sy menggunakan bahasa lemah lembut dgn bos. Bos, bila nk belanja sy makan? Kahkahkah...

      Weh..semua. Kat sini ada bos muda single. Aku cadangkan perempuan di luar sana tackle mamat ni. Nama dia cEro. Kalau nk rasa hidup mcm drama tv3 tu boleh la try. Hahaha...

      Narsistik tu apa? Malas gila aku nak google. Hahaa...

      Padam
    2. tudia cEro rupanya Boss selama ni. aku baru tawu gak ni. huhhhh rogi nya la hai tak mengorat awal2. kang. pasni dah ramai yg tawu, konfemlah saham cEro melambung2. dah satu hal melepas dah. chisss~

      errr... Narsistik tu aku dok bygkan mcm Nasi + Stik = Narsistik kahkahkah =P

      Padam
    3. Haaa..aku rasa equation kau tu betul la tu ana. Tak payah susah2 aku Search google lagi. Haha..

      Padam
  5. suka sahaja.. cinta tidak boleh dipaksa, cinta akan datang tanpa diduga~~ngee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh....ada gak yg betul2 suka bos kat sini. Tp kalau bos dah baik, siapa x suka kan?? Hehe...

      Padam
  6. daripada bercinta dengan bos sendiri lebih baik bercinta dengan bos orang...heheheheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi, kalau bercinta dgn bos org, susah la nak up gaji atu naik pangkat. Baik bercinta dgn bos sendiri. Haha...

      Padam
  7. bercinta dengan boss x best la... mesti asyik cite pasal keje je.. hehe (ayat orang malas kerja)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah kan...nanti tgh dinner pun tanya "Raz, mcm mana progress kerja? Nak kena siapkan minggu ni tu..." Terus kau x lalu makan....tension punya pasal. Hahaha....

      Padam
    2. terus mintak break up time tu jugak.. wakakakakka

      Padam
    3. Jangan break up time tu gak. Nanti kena bayar makan sendiri. Tgu la jap lepas dh settle bayar, baru break up. Hahahahaha.....

      Padam
  8. Rajin ko godek siapa belek blog ko. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde keje...camtu la jadinya. Lagipun, aku boleh tahu gak progress blog aku cmne. Dan yg paling penting, aku dpt udea tulis entri ni lepas godek2 blog sendiri.

      Padam
  9. semua pengaruh tb yg ala2 novel tu la.. kekonon bercita dgn bos anak datuk sekian2 naik kereta mewah bla bla bla.. eh berangan nya kuat. btw. knapa bos aku bukan perempuan yg cun. kalau tak boleh la aku share experience dgn ko kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la perempuan zaman skrg. Nak cari lelaki yg perfect je. Ingat hidup ini drama agaknya...Tu yg target bos je tu. Huhu...

      Tak cun xpe, ok lagi kalau kau nk jadikan dia calon. Tapi, kalau bos kau tu bukan perempuan tu yg bahaya...haha..

      Padam
  10. ada je bos2 yg single mingle. kat ofis aku ada sorang. tapi bos perempuan la. dan tak la muda sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau perempuan yg jadi bos, staff biasa yg lelaki selalunya takut nk try. So, x pelik kalau bos perempuan single.

      Padam
  11. boss yg single mingle ada kat dalam drama tv senja2 tu je. kahkahkah betol tu bro!
    blog aku pon pernah kuar keyword pelik2. dan bila aku check, mmg xde pon kat dlm entry.
    tapi kat ruangan komen.

    part bercinta dgn Boss tu hermm.. ekceli.. ekceli.. aku ada kesah disebalik tu. tapi bukan aku lah
    yang in love dgn boss aku tu. my colleagues. mybe sbb selalu berurusan/selalu berbalas msj.
    tetibe deme jadi in love pulak. si Boss ni dah ada wife dah.. soal hati & perasaan ni, aku pon tak
    tawu nk kata cmne.. tak kena kat kita, mungkin kita boleh ckp macam2 kan..

    mohon dijauhkanlah kalau Boss tu hasben/wife org. tapi kalo Boss tu mmg single, tak salah pon kalo brani nak hadap =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa yg member kau tu kes dia macam ni la...ni assumption aku je...

      Bos kau tu saja suka sakat2 member kau, member kau tu pulak acah2 x nak layan tp layan gak bos tu...lama2 jd suka la.

      Tapi, sebnarnya member kau tu patut x layan terus bos tu sbb dia dah ada wife. Contact pun bincang hal kerja je. Hal lain patut buat2 x semangat nk discuss.

      Tp, nk buat camne...kawan kau tu dh melayan bos kau. So, pandai2 la nk move on. Tak baik memecahbelahkan suami isteri. Kalau kedua2 perempuan x kisah berkongsi suami, so, xde masalah la...

      Padam
  12. Bro Ley, saya pun ada masalah skrng ni. Siang malam. Ni dah mggu ke3 ada okay sikit. Mggu 1 n 2 sgt tidak tenteram saya bro sbb asyik fikir n perasaan yg xtentu arah. Makan sikit je tk kira pagi tghri malam. Sbb bos. Bos dgn sya sama umur. Sama2 bujang. Tp dia dpat tahu saya ada boyfren dri pihak hq, sbb yg hq tu kwn kpd boyfren saya. Jadi, kena block awal la bos saya. Sbb bos ialah officer in charge sementara la. Kira nya, sbg cth, kalau saya bukak lagu kat luar iaitu dalam pc tak lama dalam shari dua mesti dia akan bukak lagu yg sama dalam bilik dia. Pandangan dia kdg2 melihat saya dengan tajam dan lama. Lepas tu, dia siap wasap suruh hati2 memandu balik. And skali tu, dia travelling, dia cakap take care kat saya. And kalau dia dah balik turun kuar office awal sure saya akan try tak balik dlu smpai dia betul2 dah balik. Tapi bila turun tngga, rupa2 maseh dekat tmpat parking. Masih tunggu tnya benda yg tak perlu. Hmmmmm... Slepas dia tahu hal saya ada boyfren, dia terus slow down, tp maseh ada tunjuk cara care tu. Sbb dia tahu saya long distance relationship.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas tu, dia akan ada kol setiap hari. Kalau langkah pun dalam 4 hari. Mesti kol saya. Saya tak keruan bro. Waktu kami dgn hq ada buat program sama, saya tgk dia rapat dgn soramg
      sorang perempuan cantek, tggi, putih, slim iaitu staff hq kami. Saya mmg pasti mereka bercinta, n memang sure lah.tp bila habes event, mggu satu lagi iaitu rabu, kami kuar makan sama, tp dia tiba2 bersuara cakap yg perempuan haritu tak best sbb strict sgt. Apakah, perlu ka saya tahu benda tu. Lepas tu, dia buka lagu dalam kereta dia, dia ada cakap dia ada lagu dia minat, dia buka. Lepas tu dia buka lagu yg saya suka. Hmmmmm... Apa maksud dia bro. Tolong saya sgt3

      Padam
    2. Awak suka kat bos awak tu jugak tak? Kalau tak suka then tunjuk obvious sikit yang awak malas nak layan dia.

      Dari gaya bos tu, memang dia ada hati dgn awak la tu. Siap tunggu masa nak balik semata-mata nak bersembang kosong je memang dia minat la tu...

      Try kurangkan sikit phone call tu. Buat la apa2 alasan utk tak angkat phone dia tu. Dah habis office hour kan. Kalau boleh jangan makan berdua je. Ajak la sekali staff2 lain. Takkan kalau dah ada staff lain dia buat perangai jugak...

      Apa2 pun terpulang kat diri awak sendiri. Kalau awak masih melayan bos tu akan suka la... pandai2 la belajar utk malas nak layan ye.... layan dia hal2 keje je..

      Padam
    3. Betul tu bro. Tp sejak akhir2 ni saya rsa cam susah hati sebab dia. Sbb dah mula wsap pggil syg2. Tp cam cam tu sajer. Tp hati saya bagai diketuk dengan kuat bila terlalu memikirkan dia. Plus, dia dah transfer balik ke hq. Then, saya rsa mcam sedih sgt2. And a few days before dia balik, dia acuh tak acuh jak. Tp hati saya dah berpaling sedikit. Bro, boleh tolong macam mana nak buang rsa ini.. Tolong sgt2 bro. Sedih sgt2 saya tanpa dia.

      Padam
    4. Ohh awak suka kat bos tu jugak la ni. First sekali, confirmkan dulu awak lebih suka siapa sebenarnya, pasangan awak yg long distance tu ke atau bos awak?

      Normal rasanya perempuan bila ada orang lain biasa duduk rapat dgn dia, dia akan suka. Lagi2 lelaki yg caring macam bos awak tu. Perempuan suka la dapat perhatian lebih.

      Tapi lelaki yg baik sepatutnya dah tahu awak ada someone else, dia tak kacau dan akan hormat awak. Unless awak dah takde apa2 dgn orang lain takpe la. Tapi ni dia still tunjuk caring dia dan try tackle awak. Even dia dah berjaya buat awak jatuh hati, saya macam tak boleh nak percaya sgt lelaki jenis macam ni.

      Few days before balik tu dia acuh tak acuh tu sebab did dah sedar la tu awak dah ada org lain dan dia dah takde peluang nak spend masa dgn awak . So dia dah start nak move on la tu.

      Nak hilangkan perasaan suka kat bos awak ni awak kena confirmkan perasaan sendiri dulu siapa yg awak lebih suka.

      Kalau lebih suka bos, bgtau pasangan long distance awak tu baik2 dan move on dari dia.

      Kalau lebih suka pasangan awak yg long distance tu, then lupakan je la terus bos awak tu.

      Nak lupakan someone, kena banyak buat aktiviti, banyak membaca yg kurang berkaitan dgn cinta buat sementara waktu, cari hobi baru. Insyallah lama2 boleh la hilang perasaan suka tu bila kita dah start redha.

      Nasihat sy awak fikir la dulu masak2 mana satu yg awak nak pilih, amik kira sekali perangai masing2.

      Cuma sy kurang respect kat orang yg kacau relationship orang lain ni.

      Tapi terpulang pada awak. Hidup ni pilihan awak. Buat solat sunat istikharah minta petunjuk.

      Sy nak beri nasihat pasal cinta ni pun saya tak pandai sgt.

      Padam
  13. Saya ada dengar org cakap. My bos is everyone's husband even dia single. Faham kan bro. Cara dia cakap, perlakuan dia, gaya dia mnyebabkan saya tersuka dan terjatuh. Bro di sini, saya minta nasihat sgt2..tolong saya bro..

    BalasPadam
  14. Macam mna kalau tersuka boss yg non muslim,not malaysian n berumur sikit..
    Hm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tanya diri sendiri. Nak kahwin dgn non muslim bukan senang. Kita kena make sure dia revert ke islam semula dulu. Lepas tu hubungan dgn keluarga dia yg non muslim pun kena amik kira jugak. Kalau rasa dh kuat n boleh hadap kehidupan berumahtangga dgn muallaf yg baru islam takpe lah. Lagi satu kalau nak suka bos tu pun make sure bukan yg dah kahwin. Nanti dah sakitkan hati isteri dia pulak... berumur tu bukanlah perkara yg penting sgt dlm situasi ni kalau dah betul2 suka... just ready je lah kahwin dgn bos n maintain tempat kerja sama boleh jadi hal personal dibawa ke pejabat. And kat situ lah nanti hilang syoknya...

      Padam
    2. Hmmm...dia belum berkahwin...
      Tpi saya cuma risau pandangan org lain je ...sbb jarak umur kitorg 21 tahun��

      Padam
    3. Ohh jauh jugak tu jarak umurnya. Kalau sekarang dah risau dgn pandangan orang lain. Kena fikir betul2 sebelum nak kahwin ni. Lebih elok bila nak kahwin tu dah takde rasa nak pedulikan sgt cakap orang lain. Sebab yang nak happy diri sndiri. Kalau masih ada rasa risau n takut dgn apa orang cakap, mungkin juga tu satu petanda yg tak perlu diteruskan..

      Padam
  15. Camne erk kalau boss Kita perempuan bil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama je nnasihatnya. Better tak bercinta dgn bos sbb nanti masalah personal boleh bawa ke tempat kerja. Pergi keje stress, balik rumah stress. Klau rezeki jumpa bos yg baik takpelah. Tapi pendapat sy lah, kalau perempuan boleh jd bos dia biasanya ada ciri2 nak lead byk benda. So bro boleh fikir2 dulu lah kalau nak bercinta dgn bos tu.

      Padam
  16. Herm, saya nak tanya saya baru joined kerja 3bulan and bila balik kerja saya layan drama korea my roommate is a gomiho.. tertarik dgn watak hero too good to be true tu.. mcm inlive gila character hero tu.. and then i work under my manager his exactly like too good to be true.. agak tertarik dgn dia.. dia baru je berkahwin.. feel happy for him.. bit issue sekarang he trying to get closed with me.. make me worried 😅.. what should i do.. saya tak goda atau intend nak tackle dia.. i just do my work but dia seolah2 cuba mendekati buat saya risau..fyi saya biasa2 saja tak lawa pun.. atau saya perasan saja?? Setiap kali nak ajar atau show something dia mesti duduk rapat2, saya cuba jauh sikit dia akan tompng tgan letak dagu dekat letak tgn seat saya, atau tunduk smpi saya kena elak kepala saya.. and semalam dia duduk rapat sebelah saya untuk jaga monitor laptop saya.. tiber2 dia pandang saya.. saya tgok dia.. and he smile and it happened many time yesterday…how i can avoid this situation pls

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...