Salam sejahtera semua. Berita baik
untuk korang. Hari ni, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan
Multimedia Malaysia telah mengumumkan yang topup akan kekal dijual tanpa GST.
Ini bermakna sekiranya harga topup
berharga RM 10, maka harga yang kita perlu bayar pun RM 10. Korang tak perlu
lagi membayar dengan harga RM10.60 seperti sebelum ni. Berita baik bukan?
Bersyukur la....
Sad news:
Harga topup akan dijual tanpa GST,
tetapi GST akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh telco. Ini
bermakna apabila korang membuat sebarang panggilan atau menghantar sms/mms,
korang akan dicaj GST 6%. Contohnya, sms bernilai 50 sen, kredit akan ditolak
sebanyak 53 sen.
Untuk langganan pelan internet, aku
masih tak pasti sama ada akan dikenakan gst atau tak. Biasanya pelan internet
ni kalau nak market, kena la bagi nampak murah dan memudahkan baru la orang
langgan. Kalau pelan rm30 tapi kena gst, kredit sebanyak RM31.80 akan ditolak.
Ini akan menyusahkan pengguna apabila mahu membeli topup kerana terpaksa
membeli topup rm35 atau rm40 untuk melanggan pelan bernilai rm30.
Another sad news:
Cadangan untuk mengekalkan harga
jualan topup tanpa GST hanya akan dilaksanakan selepas 6 bulan. Ini bermakna
topup tetap akan dikenakan caj GST untuk 6 bulan yang akan datang. Sedih bukan?
Jadi, boleh la korang pergi melalak sana lepas baca entri ni.
Aku tak ada apa2 sangat nak komen
pasal ni sebab lagi 6 bulan baru nak dilaksanakan. Yang aku tahu cadangan ni
masih lagi tak mengutamakan kebajikan rakyat.
Sekian sahaja perkongsian aku untuk
kali ni. Harap korang beroleh manfaat daripada entri ini. Assalamualaikum and
have a nice day.
Sumber: Amanz
Baca lagi:
- Harga topup kekal tanpa GST sempena tahun baru 2016
- "Mat, aku beli iphone 6s kau ni eh? Duit mintak kat Abu, dia hutang aku..."
- Umobile cas GST double kat aku?
- Harga topup tetap sama selepas GST?
Kroni diutamakan.. rakyat kemudia..
BalasPadamAku no komen pasal benda ni. Btw, thanks singgah dan baca entri ni. :)
Padam