Salam sejahtera semua. Ok… kali ni aku nak sambung entri sebelum ni yang aku tak sempat nak habiskan sebab malas nak taip panjang2. Kita sampai kat mana masa tu ye? Oh….dah sampai part yang aku nak bagi tahu macam mana aku boleh dapat kerja kan? Betul tak tuan2 dan puan2? Macam ayat ustaz pulak bila nak sambung kelas minggu lepas punya. Huhu…
Sumber gambar |
Ok….seperti
yang aku dah ceritakan pada entri aku yang sebelum ni. Setelah 3 bulan aku cari
kerja akhirnya aku dapat jugak pekerjaan yang aku baru je start tiga minggu
lepas. Ye la… semuanya disebabkan communication skill aku yang agak lemah,
susah untuk aku diterima bekerja. Jadi,
macam mana aku boleh dapat kerja aku yang sekarang ni?
Nak tahu macam mana? Hrmmm….tak menarik pun sebenarnya cara aku dapat kerja ni tapi tak apa la, aku cerita je la. Cerita dia macam ni…..macam biasa la kan nak cari kerja ni macam2 tempat la aku apply. Apply melalui jobstreet la, apply direct la dan tidak lupa juga apply melalui kabel iaitu kawan2 dan family.
Aku tak tahu kenapa semua orang baik sangat nak tolong aku cari kerja sebelum ni. Baik betul kawan2 aku dan family aku ni, semua nak tolong hantarkan resume direct kat company diorang la, kat member diorang la padahal aku tak mintak pun, diorang ni dengan sukarelanya nak tolong. Thanks la to all my friends and family members yang baik hati tolong aku cari kerja ni.
Jadi, berbalik kepada cerita macam mana aku dapat kerja aku yang sekarang ni. Sebenarnya, aku dapat kerja ni pun dengan bantuan bapak aku yang ada kawan dia nak cari pekerja. Jadi, resume aku dihantar direct terus ke company tersebut dan seterusnya dipanggil interview. Tak independent betul aku ni kan? Hrmm…nak buat macam mana, yang aku apply sendiri semua tak dipanggil kerja selepas interview. Yang bapak aku tolong ni jugak yang aku dapat. Kalau aku tak terima kerja ni atas alasan nak usaha dapatkan kerja sendiri lagi la nampak sombong nanti. Jadi, terima je la.
Sumber gambar |
Masa aku interview tu aku rasa lebih kurang je aku buat macam interview2 lepas yang aku pernah pergi sebelum ni. Aku rasa tak ada la aku perform pun masa interview tu. Jadi, aku tak pasti sama ada sebab perangai aku atau sebab dia kawan bapak aku yang aku ni diterima kerja. Entahlah…..yang aku tahu aku jadi diri aku sendiri je masa interview tu. Just be honest je. Salah satu point yang aku bagi tahu masa interview ialah aku bagi tahu yang aku ni jenis yang suka buat kerja sendiri.
Kalau nak ikutkan kebanyakan company tak suka pun mengambil pekerja yang suka buat kerja sendiri. Aku pun tak tahu kenapa company aku still nak hire aku. Mungkin sebab kenal bapak aku atau mungkin aku terlalu jujur kot…haha…entahlah.
Tak kisah la sebab apa pun dia hire aku. Yang aku tahu masa interview tu boss aku banyak bagi nasihat dan semangat kat aku. Lepas dah kerja pun, kadang2 dia panggil lagi masuk bilik dia cerita2 sikit nak bagi semangat kat aku. Selalu tanya2 aku ok tak? Bukan aku je, staff lain pun dia layan camtu jugak. Bagus kan ada boss macam ni?
Sumber gambar |
Tu yang aku rasa macam bermimpi je sekarang ni. Ye la… sebab sebelum ni, aku praktikal tak pernah merasa dapat boss macam ni. Sekarang ni aku rasa macam langit dengan bumi layanan company aku sekarang dengan company aku praktikal dulu. Rasa macam tak percaya ada company yang betul2 nak tolong develop fresh grad macam aku.
Bukan tu je yang membuatkan aku rasa bagaikan bermimpi, tapi ada lagi sebab2 lain. Antaranya ialah aku pergi kerja balik kerja tak jam, flexible lunch hour(so, aku boleh rehat pukul berapa2 yang aku suka tapi sejam), kerja yang aku rasa sesuai dengan aku buat masa sekarang, dan dapat boss yang menghargai pekerja dia sebab boss aku selalu cerita kat aku betapa bagusnya staff2 dia. Jadi, kebanyakan impian aku seperti yang aku tulis pada entri sebelum ni menjadi kenyataan. Seriously, aku rasa sangat bersyukur sekarang ni dapat kerja dalam environment yang macam ni. Alhamdulillah….
Sumber gambar |
Lagi satu aku nak share. Lepas aku kerja kat sini, baru la aku boleh percaya sikit dengan melayu dan company melayu. Sebab sebelum ni aku praktikal kat company melayu suka sembang “nak bantu bumiputera”. Tapi, perlaksanaannya tak macam apa yang dicakapkan pun. Aku hanya nampak melayu suka ambil kesempatan atas melayu je sebab aku pernah rasa macam ni masa aku praktikal dulu. Macam kuli batak je aku rasa bila buat kerja tak dihargai.
Jadi, bila dah kerja dengan company aku sekarang ni, baru la aku jumpa melayu yang betul2 nak tolong melayu. Jadi, aku sedar tak boleh jugak nak generalizekan yang company melayu semua tak boleh pakai sebab memang ada company melayu yang betul2 nak majukan bisnes dan staff2 sendiri macam company aku la. Rasa bertuah sangat dapat kerja dengan company aku sekarang ni walaupun aku masih lagi dalam tempoh percubaan. Harap2 aku dapat la bantu company aku ni untuk capai misi dan visi diorang dan bukannya menjadi liabiliti kepada syarikat, Insyallah.
Ok la..tu je la yang aku nak kongsikan pada entri kali ni. Kepada sesiapa yang tengah cari kerja tu aku doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan beroleh pekerjaan yang sesuai serta diberkati Allah. Banyak2 berdoa dan buat solat dhuha supaya Allah murahkan rezeki nanti. Buat je la apa2 perkara yang baik, insyaallah Allah balas dengan kebaikan berkali ganda nanti. Sekian sahaja perkongsian kali ni. Harap korang semua beroleh manfaat dari entri ini. All the best in your life and Assalamualaikum.
alhamdulillah tu la namenye rezeki...Allah tak bagi kerja cpt2 sebab Allah sediakn yg terbaik utk bro ley
BalasPadamAlhamdulillah...rasa bersyukur sangat sekarang. Betul tu, semua ada hikmahnya. :)
Padamal-hamdulillah ;) sekarang susah nak cari keje
BalasPadamAlhamdulillah dapat jugak kerja. Betul tu...memang agak susah sekarang nak cari kerja sebab dah ramai dah orang bijak pandai.
PadamCongrats Bro! pepatah 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian' never gets old ^^
BalasPadamThanks. Betul tu zyra. Memang terbaik pepatah ni, nak hidup senang kena bersusah2 dulu. Tapi aku x terasa sgt pun kesusahan cari kerja tu, walau byk kali pergi interview dan jobless, alhamdulillah aku masih mampu berasa tenang. :)
PadamAS'SALAM...
BalasPadamAlhamdulillah..wahhhh
untungla..best dpt bos cmtu..so,kene kje elok2 ok..
bos da ok tu,bkn senang nk dpt..hargai opportunity yg dberi tau! ^_^
W.salam. Alhamdulillah. Unexpected sebenarnya dapat kerja camni. Sure la cik yaya saya akan kerja elok2 dan buat yg terbaik utk majukan company ni....insyaallah saya takkan hampakan boss saya. Rasanya semua org nak ada boss camni. Rugi kalau tak hargai betul2. :)
Padambetul...tau xpe..heeee =D
Padamkalau aply jobstreet, berjanggut la nunggu dipanggil interview... cerita melayu nak bantu melayu tu, kadang bila di pk balik, aku lebih selesa bekerja dgn bukan melayu... senang.. melayu ni banyak alasan, byk ckp, hasil kosong.. tapi tak semua la.. yg ok tu ok jgk lah..
BalasPadamTgk co. jugak kt jobstreet tu. Kalau processing day dia cepat, maka cepat la dia panggil interview.
PadamKalau aku, baik kerja dgn co. Melayu dan bangunkan co diorang. Tapi, tu kalau melayu yg jenis appreciate la. Kalau takat sembang ' tolong melayu' je, aku pun x nak kerja kat co. camtu.
same here, suka buat kerja sendiri means tak suka menyusahkan orang
BalasPadamOhh..ye ke? Tu la kadang2 buat kerja sendiri ni lebih selesa, kerja pun dapat buat dgn lebih efficient. Yg paling penting x menyusahkan orang....menyusahkan diri sendiri je la...
Padammother's day photo saying happy mothers day mother's day photo
BalasPadam