Segmen Blogwalking & Give Away by Kisah.Si.Gadis.Leo

Salam sejahtera semua. Kali ni aku nak ajak korang semua join segmen rakan blogger kita ni. Kalau nak join, sila klik pada banner.



Syarat-syarat:
  1. Follow Blog Kisah.Si.Gadis.Leo dan tinggalkan jejak anda di chatbox una.
  2. Copy banner yang berbunga-bunga ni,hahah..serta syarat segmen ni ke dalam entry korang.
  3. Perkara yang korang perlu tulis dalam entry adalah seperti,kenalkan serba sedikit tentang diri korang,dan tulis juga tentang seorang blogger yang korang kagumi dan kenapa?
  4. Tinggalkan link penyertaan korang di ruang komen entry ini supaya una boleh jejak korang semula ;)
  5. 8 orang pemenang akan una umumkan pada entry 1 June nanti,inshaAllah.

Hrmm…leceh jugak syarat2 ni sebenarnya untuk aku yang pemalas ni. Lagi2 aku ghost blogger, tapi nak kena perkenalkan diri sendiri pulak. Tapi takpe la...oleh sebab aku baik, aku support la. Haha..

Tentang aku:
  • Aku lelaki, pakai spek macam dalam profile picture aku. Hensem kan? Sebijik camtu la muka aku. Kehkeh…
  • Aku tulis blog cuma nak isi masa lapang. Aku start buat blog pun masa aku cuti lepas praktikal tahun lepas sebab tak tau nak buat apa.
  • Aku berumur (kat tempat kosong tu umur aku):
2, 5, 50, 169, 13, 16, 160, 576, ___, 27

  • Aku baru je lepas habis degree dalam bidang perakaunan tahun ni.
  • Aku baru start kerja tiga minggu lepas.
  • Aku ghost blogger. Ghost blogger takkan beritahu personal detail kepada khalayak ramai.
  • Dah cukup.


Blogger yang aku kagumi:

Disebabkan aku ghost blogger, aku kagumi ghost blogger jugak. Haha…. Ramai je yang aku kagumi tapi aku bagitahu sorang je dah la.


Penulis blog: Prince of Noob dan rakan2nya

Sebab aku kagum dengan blogger ni adalah disebabkan cara pemikiran dia sendiri. Sebenarnya, sebelum aku ada blog sendiri memang aku layan je blog Buasir Otak ni sebab banyak isu2 semasa, isu politik yang dikupas tak berat sebelah dan macam2 lagi. Cara isu2 dikupas tu yang membuatkan aku kagum sebab kadang2 cara dia berfikir tu memang di luar kotak membuatkan aku terfikir2 jugak akan kebenaran apa yang disampaikan tu terutama sekali kalau entri oleh Prince of Noob(PON). 

Blog Buasir Otak ni ramai penulis dia tapi disebabkan PON ni yang rajin update blog, boleh dikatakan setiap hari ada entri yang sangat bermanfaat, maka memang aku lebih suka kalau PON ni yang tulis entri. Tu la serba sedikit pasal blogger yang aku kagumi. Banyak lagi blog yang aku kagumi antaranya yang ada kat blog list aku tu dan beberapa lagi yang aku tak listkan.

Ok. Tu je la yang aku boleh kongsikan. Selamat bersegmen semua. Assalamualaikum.

8 ulasan:

  1. sorry sebab letak syarat yang leceh untuk bro ley

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah sorry2 la una. Tak susah pun syarat tu, saya je yg malas sikit...Anyway, good luck in your giveaway. :)

      Padam
  2. tang umo tu yg mcam.................
    errrr @,@

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksudnya apa tu? hahaha....ala...jawab la soalan tu, uji sikit minda. tak payah nak blur2 sangat. :)

      Padam
  3. betuk2. suka buasir otak jugak.

    baru hbis dalam bidang perakaunan? daebak~

    BalasPadam
  4. bab yg teka umur tu yg leceh..haha bile nak bagi tau ni...tak habis idea dah nk kire macam mane...sob sob...soalan spm pn x susah macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..ni bukan teka-teki una, ni soalan. Cuba lagi. Btw, ni bukan soalan spm, ni soalan utk budak2 yg dah habis spm mcm una. Sebab tu lagi susah. Haha....

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...