Harga Topup kekal tanpa GST sempena tahun baru 2016

Salam,

Sebelum itu, Selamat Tahun Baru 2016 aku ucapkan kepada semua yang sudi singgah ke blog aku. Untuk tahun baru ni, aku start dengan entri yang menggembirakan dulu iaitu harga topup dah kembali seperti sebelumnya. Diulangi, harga topup kembali seperti sebelumnya tanpa GST. Yahooo… Eh, Alhamdulillah… Kalau sebelum GST harga topup RM10, sekarang di era GST 2016 ni pun harga tetap kekal dengan harga RM10 tersebut. 


Sumber gambar

Bezanya, kalau korang topup, kredit akan ditolak mengikut amaun GST. Contohnya, beli topup RM10, kredit yang korang akan dapat ialah RM9.43. Tapi jangan risau, dalam masa 24 jam telco akan beri rebat semula kepada korang sebanyak RM0.57 tersebut. 

Berdasarkan review dari pengguna yang telah topup pada awal tahun 2016 ni, jika korang bertuah rebat akan diberikan hanya beberapa minit setelah korang topup. Jadi, tak ada apa nak dirisaukan. Makanya, boleh la nak main bunga api ke sempena menyambut berita ni. Haha…

Walaupun agak lewat pada pandangan aku topup ni dimansuhkan GSTnya terhadap pengguna(sepatutnya awal lagi seperti yang dinyatakan dalam entri ini), tapi still perlulah kita bersyukur atas segala nikmat keringanan beban yang Allah telah berikan ini. Korang nak ucap terima kasih kepada kerajaan ke tak nak tu hak korang, tapi rezeki yang Allah beri ni kita kena jugak bersyukur. Kalau Dia tak izinkan benda ni berlaku, sampai bila2 still korang kena tanggung bayar GST untuk topup ni. 

So, bersyukur la korang diberi peluang untuk bertemu dengan tahun 2016 dan mengetahui berita yang sangat mengembirakan ini. Haha.. Untunglah korang yang pakai prepaid tu, dah tak kena GST dah sekarang. Aku yang pakai postpaid ni, still lagi kena GST. Diorang ingat yang pakai postpaid ni semua orang kaya kot, tu yang kena GST. Padahal RM28 sebulan je plan aku. Hmmm… 


Apapun ucap la tahniah kepada diri sediri kerana telah berjaya push kerajaan untuk buat benda2 murni seperti ini. Wahaha….

Sekian saja berita penting untuk awal tahun 2016 ini. Selamat Tahun Baru sekali lagi aku ucapkan. Semoga tahun ini diberkati dengan limpah kurniaNya dan menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya. Aku akhiri entri ini dengan dua rangkap pantun:

Goodbye Two O One Five,
Bye, Bye.

Sumber rujukan: Amanz

13 ulasan:

  1. dah lama tukar postpaid...topup dah takde makna...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la.. Dah lama pakai postpaid sbb plan lg murah dr prepaid. So, berita ni xde makna..huhu..

      Btw, expected je postpaid kena gst. Sebelum era gst pun, postpaid ada service charge.

      Padam
  2. kira lega gak la part topup ni dpt balik rebat. kalo tidak geraaaaaaaammm je rase hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la...boleh la ada ringan sikit beban. Ini pun punya la lama nk tgu. Yg expense2 lain tu x tau la bila nk hilang gstnya.

      Padam
  3. Kalau topup RM10, dapat RM9.43 dan rebat 57sen,
    kenapa nak susah-susah macam tu?
    Topup RM10 terus dapat RM10, kan sama je.
    GST yang telco serap tu isu telco, buat apa nak susahkan pengguna nak kena bagitau bagi rebat apa semua tu?
    Pelik sungguh :|

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wuaaaa... Kau kenapa emo ngan aku? Bukan salah aku weh...hahaha..

      Btw, based on review diorg kata lepas topup terus dapat balik rebat dlam beberapa minit la. So, mcm terus dpt rm10 jugak la.

      Kenapa nk susahkan pengguna? Entah la, aku pun x tau kenapa nk kena ada rebat tu. Mungkin diorg tgh switch sistem baru yg xde gst, so utk smoothkan transition terpaksa introduce konsep rebat. Mungkin la...

      Padam
  4. kalau postpaid cemna Bro? tanpa GST jugak ke huhu :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hayyya...wa sudah kasi tau ma dekat itu entri. Itu postpaid mana boleh kasi hilang gst. Orang kaya ja ma pakai postpaid, mesti mau kasi charge gst la..hahaha..

      Padam
    2. Amin! tergolong jugak dalam kategori tu....

      padahal dah kena bar tu...T_T sape kata kaya?

      Padam
  5. Yeah! patutlah Time Mrs. A beli topup hari tu pastu Nyonya tu kata enam puluh sen tak payah lagi Amoi!
    Nampak sangat Mrs. A tak amik tahu huhuuhuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh...ye la tu. Baru lagi kan. Mana rmai org tau. Maybe sbb dh trbiasa sgt dgn topup ada gst kan, tu yg mrs a rasa nk bayar je 60 sen tu. Wuhu..

      Padam
  6. oo., ptut la axder extra caj aritu.,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari apa tu? Hehe..
      Selama ni kan x pernah ada extra caj. Gst tu pun kan utk kita jugak. Hahaha...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...