Serba Salah

Salam.

Susah rupanya bila ada dua pilihan dan kau terpaksa pilih salah satu je. Yang susahnya bila kau terpaksa kecewakan salah satu pihak. Serba salah dibuatnya.

Sumber gambar

Patutnya yang dah sedia ada tu aku kena la appreciate betul2. Bukan bila ada second option terus nak berubah hati. Tapi, hadirnya pilihan kedua tu pun bukanlah aku yang pergi menggila cari. Datang secara kebetulan. Takdir mungkin. Dan aku terpaksa buat keputusan dalam masa yang singkat.

Serius serba salah. Bukannya yang sedia ada ni tak baik. Elok je layan dengan baik, tapi bila ada dua pilihan ni dan kedua-duanya carry the same weightage about your future, rasa confuse dan serba salah pulak nak buat pilihan. Serius.

So, disebabkan aku sangat confuse. maka aku setkan indicator untuk aku tahu mana satu yang aku patut pilih. And of course bila dah confuse macam ni, istikharah la benda yang terbaik untuk dibuat. Jadi, aku buat jugak istikharah tu sebab ada ustaz pernah cakap tak rugi orang yang buat istikharah. Aku pulak tak nak rasa menyesal lepas buat pilihan, so aku ikut la seperti apa yg ustaz suruh buat.

Lepas buat semua tu, time untuk decide pulak. So, masa buat pilihan hari tu, aku decide untuk pilih second option walaupun aku tak pasti sama ada yang aku pilih tu lebih baik untuk aku berbanding yang sebelum ni. Tapi disebabkan aku dah setkan indicator tu, aku follow je dengan rasa serba salahnya..

Nak tahu pilihan yang kita buat betul tak, aku tak pasti. Tapi, kalau pilihan kita tu membuatkan kita rasa tenang, then betul la tu walaupun  terpaksa kecewakan yang lagi satu tu....Hmmm...Nak buat macam mana, pilihan tetap kena buat jugak walaupun rasa serba salah. Jangan la salahkan aku. Aku terpaksa...


So, macam tu la ceritanya tahap confusenya aku masa nak buat pilihan hari tu untuk terima kerja baru dan bos baru. Hahahaha.. Sorry la weh, aku tak cerita pasal awek atau perempuan pun sebab aku ni wokaholic orangnya. So, aku suka cerita pasal kerja je. Kahkah.

Tapi, serius serba salah weh nak decide masa tu. Sebab aku dah plan nak stay at least setahun sebenarnya, tapi ada pulak situation yang membuatkan aku terpaksa buat pilihan yang susah ni. Tapi, takpe la bos lama aku tu dah boleh move on kot. Lagi2, kalau dia baca experience aku cara2 aku move on tu. Mesti lagi senang kan. Haha...

Korang pulak tak pernah ke ada situation macam aku? Hehe..


Baca lagi:



31 ulasan:

  1. selalu rasa macam nie. selalu serabut tersepit antara dua

    BalasPadam
  2. aku pernah gak hadap situasi cenggini. pun sama dlm soal KERJA jugak.
    maklumlah workaholic ni payah. syg sgt nk tgglkan KERJA hahahaha

    (http://ana-mizu.blogspot.my/2011/12/keputusan.html) <--kes terpaksa buat pilihan gak dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la.. Rasa kalau boleh hidup nk kerja je. Lol.

      Tp kalau tempat kerja layan kita baik je, staff pun ok, memang serba salah la nak pindah. Paling serba salah nk hantar surat resign tu..huhu..

      Xpe la pilihan dh buat. Kena yakin je apa yg kita pilih tu trbaik la utk kita.

      Padam
  3. Aku tak pernah hadapi situasi macamni. Aku hanya pernah nyanyi lagu di sana menanti di sini menunggu je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm..sedihnya lagu kau nyanyi tu. Tgk tajuk lagu pun dh sedih. Tapi sebenarnya aku x tau pun tu lagu apa. Wahaha..

      Padam
  4. aku macam tak pernah hadapi macam ni. kalau ada second option pun memang aku cari. hehehe. all the best kat tempat baru. satu je aku nak pesan, jangan pernah rasa menyesal dengan setiap keputusan, pasti ada hikmahnya. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau memang la x pernah ada second option. Sebab kau ada 3,4,5 options dan lebih lagi... Kau je x nak terima. Haha..

      Yup, betul tu. X payah menyesal dgn keputusan kita buat. Lepas baca Bismillah, istikharah..yakin je tu la terbaik.

      Padam
  5. fuiyoo mesti gaji baru masyukk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa je weh gaji aku..cukup la nak survive kt Malaysia buat masa skrg. Huuu...

      Padam
  6. Ko jangan main lompat lompat sangat beb. Kena jaga resume gak. Nanti in future orang tengok ko main lompat tikam, dorang takut pulak nak ambik ko.

    Anyway, good luck! Doakan aku pula dapat gaji masyuk. kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rilek la..kalau dh rezeki x kemana gak. Pindah2 sebulan sekali pun org amik gak kalau dh namanya rezeki. Haha..

      Aku bukan beriya2 nk pindah pun, tp situation surrounding yg ke arah suruh aku pindah. So, pindah la..

      Insyallah aku doakan kita semua dipermudahkan segala urusan seharian. Gaji masyuk belum tentu happy.

      Btw thanks.

      Padam
  7. yup betul...istikharah bukan untuk jodoh semata2...sepatutnya kita kne amalkan istiharah n niat utk general sb utk semua urusan pun kita nak kberkatan dalam bnda yg kita buat tu...

    dlm situation bro ley ni,una rasa,better rajin2 buat istikharah..selain tanye pndapat org2 yg dipercayai..n may be bro ley mmg kne terima utk gain experience yg boleh dianggap rezeki...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, betul la tu.. Agak2 rasa confuse nk decide boleh buat istikharah gak. Byk benda yg patut kita minta petunjuk, bukan jodoh je.

      Btw, sy terima je lapang hati. Benda dh decide dan rasa selesa je dgn decision sy, so x kisah la kan kalau nk kena face something yg more challenging ke... Yg penting dh minta petunjuk sebelum ni..

      Padam
    2. betul...bila ada challenging lain yg datang itu semua cabaran utk improve diri kita

      Padam
  8. Betullah tu kalau susah sangat kita buat aje istikharah.
    In Sha Allah akan dapat jawapannya.
    Manusia hanya mampu merancang.
    Allah Knows Best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup..kalau betul2 confuse better istikharah je. Masa tu ada dgr ustaz bgtau istikharah ni dgn doa saja pun dikira istikharah jugak. Cuma better solat sunat 2 rakaat bg nampak beradab sikit dgn Allah.

      Yup, kita merancang, Allah juga merancang. Allah sebaik2 perancang.

      Padam
  9. Pengalaman aku bukannya pilihan antara dua kerja, tapi pilihan antara stay on kerja yg bossnya macam haprak, atau berhenti dan start dr awal balik.
    Yes, pilihannya bukan senang tapi apa-apa pun keputusannya, ia akan jadi semakin senang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rilek cEro.. Ni ada kena mengena dgn doodle kau ke?

      Kalau bos tu kau try la layankan dulu, mana tahu x lama nanti ok ke, tp kalau kau rasa berhenti lg baik, terpulang la.. Aku pun x tahu mana trbaik utk kau..

      Just istikharah la lepas tu buat keputusan dgn confident. All the best bro..

      Padam
  10. bestnya dapat rasa macam nih...tapi dalam masa yg sama msti tak sanggup nak kecewakan pihak yang bakal ditinggalkan. tapi demi kebaikan pada masa hadapan, benda camni lah yang menentukan segalanya. silap langkah, menyesal ke sudah.

    all the best bro!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak best pun rasa macam ni. Rasa serba salah, mana ada best...

      Nak buat camne kan pilihan kena buat jugak. Harap x silap langkah la n aku rasa selesa je dgn pilihan aku ni..

      Thanks.

      Padam
  11. pstt~ aku pnya kes dalam kategori CINTA. tp tu lah bila melibatkan perlu memilih ni mmg kena timbang sehabes baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh... Kalau bab cinta aku surrender la tak tahu nak bagi nasihat apa. Haha..

      Apapun, istikharah n discuss dgn org2 rapat. Pastu decide la ikut mana pilihan yg menenangkan hati.

      All the best.

      Padam
  12. Hadoiihhh... Tak tau nk gelak ke apa. Yg pastinya, istikharah sgt membantu utk yakinkan kita dgn pilihan yg dibuat. Selamat maju jaya, si workaholic! Hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laaa..tak tahu nak gelak ke nak apa???

      Ni pun kira salah satu jenis rasa serba salah gak ni. Nak

      -gelak ATAU
      -nak apa

      Haha...

      Yup, istikharah memang byk membantu. Thanks.

      Padam
  13. Solat istikhorah boleh memberikan ketenangan dalam membuat pilihan.Inn sya Allah,selepas buat pilihan hati tenang dan tak ragu-ragu lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah..betul tu. Lepas istikharah rasa tenang je dan takde nak rasa menyesal dgn pilihan yg dah dibuat.

      Padam
  14. Serious igt bro ley dh nak kawen td hakhak igtkan kopius calon isteri.. lol.. haha xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...lek dulu...rasa mcm belum layak kawen lg. Skrg kita citer pasal kerja je dulu...

      Padam
  15. peluang xdtg sllu kn.,
    tp nk buat pilihn mmg mncbar.,
    silap plih nyesal kmudian ari plak.,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, peluang mcm aku dpt ni memang jarang nk dpt. Tp tu la..pilihan pun dh buat, harap ni yg terbaik.

      Kalau dh istikharah, maybe x rasa menyesal dh kot.. Kena redha je la apa yg bakal mendatang. Allah knows best.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...