Aku baru je check bil Umobile. Sesekali nak jugak tengok macam mana Umobile punya charge ni .... Yang aku check ni online je, bukan bil hantar ke rumah. Btw, aku pakai U28(RM28) postpaid, internet 3gb, free call 50 minutes, 300 sms. Antara plan paling murah pada aku setakat ni.
So, bila aku check bil tu secara terperinci aku rasa macam Umobile telah caj GST double kat aku. Tapi, bila tengok balik bukan rupanya...huhu...teruk betul, asyik nak salahkan telco je...wahaha.. Tapi, memang ada charge yang tersembunyi. Ada caj untuk 'itemised bills' sebanyak RM3 padahal caj ni tak perlu pun aku tanggung.
Contoh itemised bills:
Itemised bills |
Tax Invoice |
Yang ni pulak detail yang lebih terperinci:
Detail of Charges |
Yang 'Monthly Charges' tu detail dia ada kat gambar 'Detail of Charges'. Kalau tengok kat situ ada dua item under Monthly Charges :
1. SR Access Fee (U28) - RM28
2. SR Itemised Bill Statement - RM3
Yang SR Itemised bill statement tu baru aku tau yang aku dikenakan caj tu rupanya. Actually caj ni ialah kos menghantar bil ke rumah kita. Masahnya sekarang ni alamat aku dah bertukar. Jadinya, memang tak sampai2 la bil2 Umobile hardcopy tu semua kat aku.
Rasa rugi je bayar 3 ringgit untuk something yang aku tak dapat. Lagipun bil semua dah boleh nak check online je sekarang ni, bayar pun online.... memang rugi la kalau biar Umobile caj 3 ringgit tiap2 bulan. Then, aku ada baca kat forum2 diorang kata kalau tak nak kena caj itemised bill statement tu, pergi Umobile cancelkan untuk itemised bills statement tu. Umobile tak perlu dah hantar surat ke rumah lagi, check bil online je lepas ni(e-billing)... Senang pun senang, caj pun tak kena......
So, kalau korang yang pakai postpaid macam aku ni, korang check la balik bil korang. Mana tau korang pun rasa merugikan je ada caj tu, so boleh la cancelkan cepat2. Btw, Umobile tak caj GST dua kali pun.....tapi tu caj perkhidmatan sebenarnya. Jangan fikir bukan2 Bro Ley!
Lagi satu nak bagitahu. Bulan ni Umobile bagi aku extra 1gb,so total internet jadi 4gb dengan harga RM28 sebulan, so hooooyeaaahhhh..hahaha...
Ok..itu saja. Selamat menyambut Hari Cuti Mingguan.
Baca lagi:
- Harga topup kekal tanpa GST sempena tahun baru 2016
- "Mat, aku beli iphone 6s kau ni eh? Duit mintak kat Abu, dia hutang aku..."
- Harga topup kekal tanpa GST
- Harga topup tetap sama selepas GST?
murah nya bil monthly ko. bil monthly aku minimum pun dah 92 hengget. blom lagi additional quota 6gb internet. paroh2... ni sume salah hosmet aku. ajak share beli strymyx tak mau. bengang betul aku. ghase nak pindah ghumah je.
BalasPadameh, terlepas perasaan kat sini pulok.
Wah..kaya kau bil minimum pun dah rm92...Biasa la tu nak cari housemate yg sekepala memang susah. Padahal kalau share internet kadang2 menguntungkan. Maybe member kau tu jenis pakai data x byk, so kalau share pakai streamyx dia rasa costly berbanding dgn pakai sendiri2.
PadamTapi kalau aku la duduk rumah yg memang nak duduk lama aku pakai unifi je kalau ada coverage. Unifi paling berbaloi kot internet unlimited.
Haha...bukan main semua nak lepas perasaan. Silakan. Aku layankan je...
Okay tak u mobile? Aah aku pun rasa boleh call center untuk batalkan bill rm3 tu. Okay la jugak rm3 kan, tm nak kenakan rm5! Hekeleh sekeping kertas 10sen je pun, kos pos biasa rm1. Tu baru kira sorang pelanggan. Ni la cerita yg kaya makin kaya yang miskin makin miskin. Eh tetiba emo hahaha
BalasPadamUmobile ok kalau kat area tempat kau line dia laju. Kalau macam kat tempat aku, umobile punya line lagi laju dr celcom. So, ok la line laju, internet murah.
PadamProblem umobile ni coverage x luas. So, kalau kau jenis yg byk travel x sesuai. Tp kalau kau memang stay kat satu area je, jalan2 pun sekali sekala, berbaloi pakai umobile.
Tu la, nak suruh diorg batalkan je itemised bill tu. Baru aku tahu TM punya lg mahal rupanya. Pandai betul diorg ni buat duit. Benda kos kecik je tp mark up 500%. Dunia2...
Biasa la, lagi kaya lagi la diuji dgn kesenangan. So, baik kau x payah kaya..hahaha
Monthly bill aku rm50+- huhuhu aku pakai digi so far so good. Tp bila baca plan ko lg murah buat aku nk bertukar pulak huhu tp aku takut nnt certain tempat slow pulak, hmm.. dilema eh ke delima eh watever
BalasPadamOk la tu monthly bil RM50++....kalau dah line pun ok, data pun cukup, kira ok la tu.... Aku pun kadang2 cecah RM50 gak bila aku desperate dan subscribe booster. Booster ni mahal 1gb RM10 utk 3 hari je...
PadamTapi camne pun setakat ni memang Umobile paling murah. Lagi2 plan yg aku pakai ni. Call pun ada 50 min free. Disebabkan aku jarang buat call, sekali-sekala je aku kena charge terlebih minit..
Kalau kau selalu pergi tempat yg coverage Umobile x brp nak baik, better x payah pakai. Takut nanti internet slow je memanjang. Tp kalau coverage ok, memang berbaloi la pakai Umobile ni.
Kau test la dulu pakai prepaid utk sebulan kat handset lain. Beli yg power prepaid tu...free internet 1gb sebulan asalkan kau topup RM30 utk validity 30 hari. Duit topup kau tu x berkurang pun....Agak2 ok boleh pakai plan mcm aku. Tp aku x sure promotion plan aku ni smpai bila...Kalau tgk website smpai 31/12 je....
Lebih 10 tahun aku setia dgn Celcom.
BalasPadamPastu baru2 ni aku terbaca luahan perasaan orang dlm fb kata celcom curi duit pelanggan senyap2, itu buat hati aku terdetik nak tukar telco.
Maybe kena check dulu kawasan aku power UMobile ke tidak, sbb RM28 sebulan utk internet 2gb mcam beeeesssstttt je. Hehehe
Peh..lama kau stay dgn celcom. Aku just simpan no celcom utk second phone je. Tu pun sebab activation period dia sampai 2017. So, rugi kalau matikan.
PadamTapi aku memang pernah byk kali kena telan kredit dgn celcom ni. Lepas dia hantar mms/sms je tetiba kredit aku kena tolak. Padahal aku x subscribe apa pun. Sejak tu aku malas dah nak topup...
Tu yg aku pakai Umobile je ni. Dah alang2 murah, internet pun kuota ok...memang handset bersimkadkan celcom ni buat emergency je kalau ada org nak call aku ke camtu...
Check la tmpat kau. area bandar biasanya line umobile ok. Btw, bukan RM28 utk 2gb, tapi RM28 utk 3gb wehhh..berbaloi...Bulan disember pulak extra satu gb lagi dia bg, so aku dapat RM28 utk 4gb. soooyeaahh..haha
lama dah dengar umobile ni murah.. tapi bila masa nak bertukar ntah.. bz ni bz.. ahahaha
BalasPadamHaha..kau ni busy je memanjang...tukar online je la..Eh?Boleh ke tukar online? Haha...suka hati aku je suggest...
PadamTapi memang Umobile ni murah, x rugi tukar kalau area tempat kau duduk tu line Umobile dia ok.
U28(RM28) postpaid, internet 3gb, free call 50 minutes, 300 sms
BalasPadamperhh! memang antara plan yang termurah aku rasa tu.
aku rasa macam berminat pulak dgn Umobile ni hehehe
tu la baik canclekan je cecepat. walaupun hanya 3 hinggit.
duit tetap duit bro. 3 hinggit tu dah boleh mkn nasi lemak hehe
Memang plan termurah la...berbaloi je stakat ni aku pakai. Tukar la tukar. Tp make sure tmpat kau line umobile laju. Kalau x, tak berbaloi.
PadamTu la aku ingat nk cancelkan nt bila ada masa. Tiga ringgit tu boleh buat mkn tgh hari tu kalau pergi sesetengah kedai..
setiap berapa haribulan blh check bil Umobile online yer?
BalasPadamtarikh bil sepatutnya 1hb, kan.
tapi ni dah 2hb. masih tak dapat check lagi.
biasanya 3hb / 4hb.
PadamSaya pun x pasti. Yg penting dlm minggu pertama setiap bulan akan hantar bil. Nak senang pakai app umobile je. Boleh cek kt situ berapa bil...
PadamMacam mana kita nak tau yang kita dah bayar. Sebab saya dah bayar. Tp x tau cm na nak check.
BalasPadamMacam mana kita nak tau yang kita dah bayar. Sebab saya dah bayar. Tp x tau cm na nak check.
BalasPadamPostpaid ke? Boleh dail *118#
PadamLepas tu boleh check bill. Kalau kosong tu dah bayar la...
Takpun install app umobile lagi senang. Boleh check quota, bill semua...
Sya x phm laa.. sya dh byr untuk 1blan rm28 dkt kdai, n mmndngkn dh guna 2 blan so byrn dh rm56. Tp, knpa ada lg kna byr untk bil yg hntr dkt rumah? Bleh tlong jlaskn? Curious
BalasPadamAda dapat bill kat rumah ke? Nak senang dial *118# utk cek overdue balance kena bayar. Kalau dah negatif atau kosong kira dah bayar la tu.
PadamTakpun guna app umobile la untuk tahu berapa byk amount nak kena bayar lagi. Btw, kalau tak nak bayar charge ke atas bill yg dihantar ke rumah(itemised billing item) tu boleh la call umobile atau pergi centre cakap nak terminate itemised billing item.
Assalam.
BalasPadamSaya nk tanya lah.. Sy pun pakai plan postpaid U28 jugak. Dulu katanya hayar rm 28 je. First month tu dtg rm 34.10 second month rm 32.15 third month rm 30.50 fourth month 33.40 fifth month 31.25 dan sekarang yang latest Rm 39.20 (belum bayar lagi). Saya tak faham lah knp harga dia naik. Saya mmg jarang guna internet umobile ni sbb line area rumah saya slow sgt. Ada sesiapa tahu caj apa yg dikenankan?
Boleh check kalau ada itemised bill item tu. Yg tu je dh charge rm3. Btw try install app umobile pastu tgk bill online. Tgk la kat mana dia charge lebih tu . Maybe charge kt call ke.. Boleh tgk kat situ...
PadamSya bru je dftr plan postpaid rm38. N xnk bil2 hntar rumah send via email je FREE. Print la kt office lg senang. Cuma sya mushkil sbb salesman kt umobile tu kta 1st month sya kna byr dlm anggaran rm100 mcm tu..adakah itu betul gaisss.? Mohon penjelasan...:(
BalasPadamMaaf ye kalau kena bayar upfront rm100 tu sy tak pasti. Tapi biasanya kalau kena bayar rm100 upfront dulu pun nanti bulan2 punya bil dia tolak dari situ je.. so tak rugi pun bayar rm100 tu.. :)
PadamSalam.. nk tanya kalau nk stop kan bill tu pergi umobile ke?? Boleh ke buat kat twitter?? Umobile akan mintak semua details pasal kita ke ??ye laa risau jgk nk bg details camtu je..
BalasPadamWasalam, seeloknya pergi centre atau call center umobile utk cancelkan bill tu. Sy tak pasti boleh cancelkan melalui twitter atau tak. Tapi by right memang dia akan mintak details kita kalau nak cancelkan. Kalau kena share details kat twitter tu kira dah terlalu public dan seeloknya jangan..
PadamHai,nak tyalah..kut2 tau ke kan...blh ke saya donlod app umobile tuk byrkan bil hp ayah saya?Tp saya xguna line umobile..cuma nak check acc ayah saya je,sbb saya yg byr..tq in advance ya.
BalasPadamHi. Boleh. Tapi bila dah install tu kena masukkan pin dulu dia hantar kat no phone ayah awak. So awak masukkan pin yg diorg hantar kat no phone ayah awak. Lepas tu boleh terus guna app umobile kat phone awak utk cek bil internet
PadamMacam mane nk cek bill tu ye. Bole ajar
BalasPadamBoleh download app umobile. Nanti masukkan no phone terus boleh dpt bil bulan2 daripada app
PadamHi nak tanya.. Saya pun pakai yang pakej yang sama. Tapi kenapa bulan ni punya bil sampai rm61.70���� katanya amount overdue padahal saya bayar ontime saja.. Tolong.. Sbelum2 ni tak penah pun kena cas sampai lbih rm30. Hmmm
BalasPadamCuba cek bil betul2. Ada tak ter subscribe game ke melalui sms. Kadang2 kita tak perasan. Boleh complain ke umobile n cc ke skmm bagitahu kalau awak tak pernah subsribe apa2 tiba2 termasuk dlm bil.. septutnya bil akan average rm30++ je..
PadamKt bill statement sy dia tk tulis itemised bills. Tp dia stated 'usage charges rm2.90' ni ke yg itemised bills tu ?
BalasPadamKalau usage charges tu biasanya disebabkan penggunaan. Mungkin bulan tu ada terlebih buat call dan dicaj rm2.90..
PadamMacam mana nak matikan bil umobile tanpa pergi centre?
BalasPadam