Panggilan Misteri

Salam, guys.

Isnin hari tu aku dapat satu call yang pelik.
Masa tu aku dan ada lagi dua orang kat dalam office.
Lepas tu phone berdering, ring.. ring..
Semua buat bodoh tak nak angkat pulak. Last2 aku la yang pergi angkat.


Memang most of the time aku la yang angkat phone. Sebab asal call je mesti nak cakap dengan aku. Tak tahu la kenapa dengan diorang ni asyik cari aku. Maybe suara aku sedap kot. Kalau korang nak cakap dengan aku, call la office aku. haha..

So aku angkat la phone yang berdering tadi tu. Dah la telefon biasa yang tak boleh nampak nombor dari mana tu. Angkat2 je rupanya operator tengah membebel. Tak jelas sangat. Yang aku dengar dia cakap lebih kurang macam ni " ...Anda ada cukai yang belum dijelaskan.....dari lhdn....bla,bla... Scary kan?

Habis operator membebel, dia kata kalau nak cakap dengan pegawai sila tekan '0'. Aku pun apa lagi , tekan la nombor '0' yang misteri ni. Lepas tu aku pun bagitahu yang nombor ni call dari lhdn. Nak tahu la sebab apa call office aku ni. Dah la memang kadang2 company yang aku keje ni memang selalu kena penalti sebab lambat bayar pcb. Tu yang aku nak sangat2 tahu tu lhdn call pasal apa..

Yang angkat call tu cakap melayu tapi boleh dengar la slang cina dia. Mula2 tanya nama penuh company apa sebab nak buat semakan dengan sistem. Lepas tu tanya nama penuh aku pulak apa. Lepas tu 10 saat je dia cek terus bagitahu aku call tadi tu berkenaan kes nama aku ada cukai tertunggak hahaha.. jadah apa la tiba2 pulak nama aku tak bayar cukai. Call kat general line office aku pulak tu.

Tiap2 tahun aku declare income kot tapi tak pernah kena cukai pun. Tak pasal2 pulak cukai tertunggak dah kenapa. So start dari tu la aku rasa diorang ni scam. Hebat diorang ni. Siap boleh buat operator robot tu call dah macam dari Lhdn betul dah, padahal scammer. Lepas tu dia mintak pulak no ic aku. Yang ni aku terus tanya balik la ni dari lhdn mana?? Dia pergi jawab lhdn kota kinabalu pulak.. Pehhh semangat pulak lhdn kota kinabalu nak call aku haha. So memang aku terus cakap aku nak pergi office lhdn terus je cek. Senang.

So ni memang scammer guys. Hati2 la.. Aku agak lepas dia mintak ic, nanti mesti dia mintak no akaun bank pulak untuk pengesahan ke apa la tu. Lepas tu nanti tiba2 dia buat auto debit kat bank. Esok2 cucuk atm licin..., masak wooo... Bahaya betul scammer sekarang. Call dari lhdn pun boleh jadi scammer gak. Ramai jugak yang dapat call scammer menyamar lhdn ni. Kadang2 call dari mahkamah pun ada. Kes saman ok lagi. Ni siap kat office aku dia call “anda ada kes bunuh..” gila ke?? Haha..

So korang pernah ke dapat panggilan macam ni? Apa yang paling cool sekali korang buat?

Sekian.


*Korang boleh baca gak link bawah ni orang yang dapat call dan email lhdn scam ni:

call lhdn scammer?

16 ulasan:

  1. Mrs. A pun pernah dapat katanya panggilan dari mahkamah. Mrs. A ada sepina bernilai RM30k hahahaahha.... layan jugaklah last sekali bila dia bacakan no ic dua no terakhir salahlah pulok

    Ramai kat office Mrs. A ni dapat jugak call macam tu we all dah boleh agak sebab no caller boleh nampak kat screen phone office ni.. haish!!! macam-macam cara manusia ni nak menipu nak dapat duit cara mudah. Hati-hatilah sebab ada jugak kes scammer tu boleh pukau dengan cara phone call aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah betul2. Senang kalau boleh nampak kat screen no yang tengah call. Boleh reject terus tak payah angkat. Kat office sy masih lagi pakai phone lama tu. So nak tak nak kena angkat jugak la...

      Padam
  2. First of all,lama dah tak reply2 posting orang ni..ok forget about that..alhamdulillah tak pernah kena lagi call dari scammer tapi pernah dapat call misteri juga..bagitau dapat package percutian 3 hari 2 malam (tapi untuk orang dah kawin je).. yg peliknya sy belum kawin kot...sob sob..n yg kelakar pulaknya..voucher tu previous pemenang yg suggestkan sy..n siap bagi no phone lagi...pastu bila tanya sapa..then org yg call tu reply.."identiti terpaksa dirahsia kan..sy cuma bertugas untuk call,sy x kenal sapa yg suggest tu" sangat tak logik langsung jalan cita dia..scary btl..

    btw cerita bro ley ni sama kelakar jgk..huhu next time,kalau dia call bgtau terlibat dgn kes bunuh..jwb cm ni.." aik sy bunuh nyamuk pun jadi kes ke?" haa tengok apa dia jawab..huhuhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu memang taktik diorang la tu. Nampak tak logik sgt. Saje je bgtau yg previous pemenang yg suggest. Padahal diorang memang dah ada no kita. Tak tahu la siapa yg jual2 data peribadi ni...

      Diorang punya buat2 cerita ni memang kelakar. Dah tahun 2018 pun masih ada benda2 macam ni. Pelik sungguh macam mana diorg boleh survive. Masih ramai la kiranya yg percaya kat diorang ni...

      Tula ingat kalau ada masa lepas ni boleh la jawab loyar buruk camtu haha...

      Padam
  3. alhamdulillah tak pernah lagi. kus semangat kalau kena kol oleh dak2 scammer ni. biasa dgr lecturers aku je citer. dengar pun panas hati. takut pun ada gak. takut bila berada kat tmpt tu aku cpat kena tipu...adoyai...mintaklah kita semua dijauhkan dr dorg kaki kencing ni..amin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa takpe2 kau bijak takdenya kau kena kencing. Sebab cara diorang menipu ni kebanyakannya obvious jugak la. Yang bahayanya kalau dia boleh pukau melalui phone call. Yg tu memang susah elak la. Harap2 dijauhkan..

      Padam
  4. lebih kurang sama macam jadi kat office aku. cuma bukan pasal lhdn. pasal isu personal loan. konon2 yang call tu daripada mahkamah. yang kelakar tu, office kitorang kat kulim. tapi sruh attend mahkamah kat pahang (which is confirm2 susah utk attend). then offer tolong settle kan tapi kena bayar.

    part yang paling kelakar, the same story diorang guna kat almost 3/4 staff yang ada, which is 100++ punya staff. and ada sekali tu diorang call nombor bilik meeting (kebetulan tengah meeting pulak tu), kitorang loudspeaker kan bagi semua orang dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha loudspeaker tu style. Boleh ramai2 membahan scammer tu. Makin menjadi2 dah diorg ni. Pelik aku mcm mana diorg masih boleh run lagi.

      Padam
  5. adik ipar member aku terkena dgn online scammer. disebabkan teralu takut & taknak sesiapa tahu, akhirnya dia dah terbagi duit lebih pada 20 ribu dah pd scammer tu.

    dan selepas dia dah tak blh tahan tggung sorang2 rahsia tu baru dia bercerita pd suami & keluarga yg lain. yg mana akhirnya duit tu tak blh nak dpt balik dah pun. cuma blh buat report polis je lah.

    zaman skrg ni mmg mcm2 cara diorang buat scammer ni. aku skrg ni bila dpt call je dari nombor yg tak kenal, mmg aku jwb sorry sy dlm meeting call lain kali ye.

    tak pun aku ckp sorry tgh drive call lain kali. aku mmg malas nk dgr ape diorang nk ckp. kdg tu call dari bank jenis nk promot insurans2 tu pun aku malas nk layan. aku ckp tgh meeting sesaje. pd hal kdg tu tgh makan & lepak2 dpn tv je hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak aihh.. sampai 20k kena scam. Sakit tu nak cover balik. Kaya member dia tu boleh bagi duit 20k kat scammer.

      Aku kalau insurans call aku layankan je dulu. Sebab diorang ada kpi. Tapi aku tanya lama tak? Biasa diorg cakap 5 minit. Lepas agak dah 5 minit tak settle lagi baru aku explain aku dah ada insurans, taknak tambah commitment. Kalau dia sambung lagi, aku letak laa.. haha..

      Padam
    2. haah 20K weyh dia boleh p bagi tp bukan one off lah (berulang kali kena tipu & kena ugut)

      paling last tu pun sbb smua duit saving dia dah habis, tu yg baru dia berani nak luah pd family tp mmg tak dapat buat ape dah lah benda dah jadi.

      aku insurans ke, KPI ke, aku mmg tolak sesaje maklumlah hati jenis cepat kesian nti aku yg tak mampu nak tolak perlawaan deme tu. last2 aku gak yg terkono haha

      Padam
  6. Baru dapat panggilan dr nombor +4984449759.. Operator ckap anda ada cukai yang belum d jelaskan.. Sila tekan 0 utk berckap dgn pegawai kami.. Aku biar je panggilan mati sendri.. Pastu x da call2 dh balik.. Nak tahu no siapa ni..info dlu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la tu bro. Nombor kalau camtu takyah angkat pun takpe. Kalau tekan 0, nanti dia akan sambungkan ke pegawai yg akan scam kita. Nombor pun start dgn +4, memang scam biasanya.

      Padam
  7. Sy dh terbagi no ic..mcm mne ye

    BalasPadam
  8. Saya baru terima call dari nombor 146976830 dari lhdn katanya.operator yg bercakap.bagitau yg saya ada tertunggak income tax yg belum dibayar.sedangkan selama ni saya tak pernah ada income tax.nasib baik tak minta apa2 dari saya.dahlah kena kuarantin di QC.tiba2 terima call.ingatkan call dari ops room hospital ke atau dari pejabat kesihatan bahagian.harap2 takda apa2 yg berlaku.takut pulak saya ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhh nasib baik tak bagi details apa2 lagi. Kalau tak pernah ada income tax sebelum ni memang dia scam lah tu. Biasa pun lhdn byk contact melalui surat menyurat, jarang lah call.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...