Panggilan Misteri

Salam, guys.

Isnin hari tu aku dapat satu call yang pelik.
Masa tu aku dan ada lagi dua orang kat dalam office.
Lepas tu phone berdering, ring.. ring..
Semua buat bodoh tak nak angkat pulak. Last2 aku la yang pergi angkat.


Memang most of the time aku la yang angkat phone. Sebab asal call je mesti nak cakap dengan aku. Tak tahu la kenapa dengan diorang ni asyik cari aku. Maybe suara aku sedap kot. Kalau korang nak cakap dengan aku, call la office aku. haha..

So aku angkat la phone yang berdering tadi tu. Dah la telefon biasa yang tak boleh nampak nombor dari mana tu. Angkat2 je rupanya operator tengah membebel. Tak jelas sangat. Yang aku dengar dia cakap lebih kurang macam ni " ...Anda ada cukai yang belum dijelaskan.....dari lhdn....bla,bla... Scary kan?

Habis operator membebel, dia kata kalau nak cakap dengan pegawai sila tekan '0'. Aku pun apa lagi , tekan la nombor '0' yang misteri ni. Lepas tu aku pun bagitahu yang nombor ni call dari lhdn. Nak tahu la sebab apa call office aku ni. Dah la memang kadang2 company yang aku keje ni memang selalu kena penalti sebab lambat bayar pcb. Tu yang aku nak sangat2 tahu tu lhdn call pasal apa..

Yang angkat call tu cakap melayu tapi boleh dengar la slang cina dia. Mula2 tanya nama penuh company apa sebab nak buat semakan dengan sistem. Lepas tu tanya nama penuh aku pulak apa. Lepas tu 10 saat je dia cek terus bagitahu aku call tadi tu berkenaan kes nama aku ada cukai tertunggak hahaha.. jadah apa la tiba2 pulak nama aku tak bayar cukai. Call kat general line office aku pulak tu.

Tiap2 tahun aku declare income kot tapi tak pernah kena cukai pun. Tak pasal2 pulak cukai tertunggak dah kenapa. So start dari tu la aku rasa diorang ni scam. Hebat diorang ni. Siap boleh buat operator robot tu call dah macam dari Lhdn betul dah, padahal scammer. Lepas tu dia mintak pulak no ic aku. Yang ni aku terus tanya balik la ni dari lhdn mana?? Dia pergi jawab lhdn kota kinabalu pulak.. Pehhh semangat pulak lhdn kota kinabalu nak call aku haha. So memang aku terus cakap aku nak pergi office lhdn terus je cek. Senang.

So ni memang scammer guys. Hati2 la.. Aku agak lepas dia mintak ic, nanti mesti dia mintak no akaun bank pulak untuk pengesahan ke apa la tu. Lepas tu nanti tiba2 dia buat auto debit kat bank. Esok2 cucuk atm licin..., masak wooo... Bahaya betul scammer sekarang. Call dari lhdn pun boleh jadi scammer gak. Ramai jugak yang dapat call scammer menyamar lhdn ni. Kadang2 call dari mahkamah pun ada. Kes saman ok lagi. Ni siap kat office aku dia call “anda ada kes bunuh..” gila ke?? Haha..

So korang pernah ke dapat panggilan macam ni? Apa yang paling cool sekali korang buat?

Sekian.


*Korang boleh baca gak link bawah ni orang yang dapat call dan email lhdn scam ni:

call lhdn scammer?

6 ulasan:

  1. Mrs. A pun pernah dapat katanya panggilan dari mahkamah. Mrs. A ada sepina bernilai RM30k hahahaahha.... layan jugaklah last sekali bila dia bacakan no ic dua no terakhir salahlah pulok

    Ramai kat office Mrs. A ni dapat jugak call macam tu we all dah boleh agak sebab no caller boleh nampak kat screen phone office ni.. haish!!! macam-macam cara manusia ni nak menipu nak dapat duit cara mudah. Hati-hatilah sebab ada jugak kes scammer tu boleh pukau dengan cara phone call aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah betul2. Senang kalau boleh nampak kat screen no yang tengah call. Boleh reject terus tak payah angkat. Kat office sy masih lagi pakai phone lama tu. So nak tak nak kena angkat jugak la...

      Padam
  2. First of all,lama dah tak reply2 posting orang ni..ok forget about that..alhamdulillah tak pernah kena lagi call dari scammer tapi pernah dapat call misteri juga..bagitau dapat package percutian 3 hari 2 malam (tapi untuk orang dah kawin je).. yg peliknya sy belum kawin kot...sob sob..n yg kelakar pulaknya..voucher tu previous pemenang yg suggestkan sy..n siap bagi no phone lagi...pastu bila tanya sapa..then org yg call tu reply.."identiti terpaksa dirahsia kan..sy cuma bertugas untuk call,sy x kenal sapa yg suggest tu" sangat tak logik langsung jalan cita dia..scary btl..

    btw cerita bro ley ni sama kelakar jgk..huhu next time,kalau dia call bgtau terlibat dgn kes bunuh..jwb cm ni.." aik sy bunuh nyamuk pun jadi kes ke?" haa tengok apa dia jawab..huhuhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu memang taktik diorang la tu. Nampak tak logik sgt. Saje je bgtau yg previous pemenang yg suggest. Padahal diorang memang dah ada no kita. Tak tahu la siapa yg jual2 data peribadi ni...

      Diorang punya buat2 cerita ni memang kelakar. Dah tahun 2018 pun masih ada benda2 macam ni. Pelik sungguh macam mana diorg boleh survive. Masih ramai la kiranya yg percaya kat diorang ni...

      Tula ingat kalau ada masa lepas ni boleh la jawab loyar buruk camtu haha...

      Padam
  3. alhamdulillah tak pernah lagi. kus semangat kalau kena kol oleh dak2 scammer ni. biasa dgr lecturers aku je citer. dengar pun panas hati. takut pun ada gak. takut bila berada kat tmpt tu aku cpat kena tipu...adoyai...mintaklah kita semua dijauhkan dr dorg kaki kencing ni..amin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa takpe2 kau bijak takdenya kau kena kencing. Sebab cara diorang menipu ni kebanyakannya obvious jugak la. Yang bahayanya kalau dia boleh pukau melalui phone call. Yg tu memang susah elak la. Harap2 dijauhkan..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...