Negaraku

Salam,

Hari tu merdeka aku tak wish apa2.
So, disebabkan esok hari Malaysia, makanya 'Selamat Hari Malaysia' guys!

Sumber gambar
Lately ni aku asyik dengar lagu Negaraku je.
Masa sekolah dulu tak ada pulak aku nak ulang2 lagu Negaraku ni.
Tapi ni bukan lagu yang masa sekolah kita nyanyi dulu tu.
Ni lagu baru. Sedap jugak. Serius.

Semua orang suka lirik Sonaone.
Ramai yang kata deep lirik dia walaupun beberapa baris ayat je.
Tak sampai 20 perkataan aku rasa...
Macam tu pun dah deep.

Yang lain2 punya lirik macam joe flizzow dengan ultimate aku tak faham sangat.
Pada aku diorang punya lirik lagi deep sebab susah faham. kejap 63 la, tamadun la....
Deep gila... tapi layan. Ke aku yang lembab nak faham? Haha....

Hari tu 31 Ogos aku ingat dapat tengok bunga api dari atas kapal terbang.
Selalu tengok dari bawah.
Nak try jugak sekali tengok view dari atas macam mana bentuk bunga api tu. Mesti rare...
Tapi boleh pulak flight tu tak delay. (*pelik2 je aku nak flight delay. haha..)
So sampai ngam2 pukul 12 malam, dah mendarat.
Tak dapat tengok bunga api langsung.
Takpe  la... nasib baik vacation dengan siblings hari tu best.

Ok la...aku pun dah tak tahu aku cerita apa ni...
Aku just nak wish Hari Malaysia dan nak korang dengar lagu Negaraku yang baru ni je sebenarnya.
So, untuk bagi entri ni pendek, maka....

Selamat Hari Malaysia semua!
Sayangilah negara ini dengan mulakan sesuatu yang baik dari diri sendiri seperti tidak buang sampah merata-rata.
Sekian.




8 ulasan:

  1. Selamat hari malaysia too bro ley!
    Memang terbaiklah lagu tu...terasa macam nasyid pun ada gak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah thanks. Serius la macam nasyid? Banyak rap kot. haha...

      Padam
  2. waaau seronotnya becuti dengan family. cuba next year pulak hehe.
    oh lagu baru tu, aku ada dengar-dengar gitu je dalam kereta. nanti aku nak hayati lirik pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti la seronok. Mana boleh tak seronok... Tu laa... tahun depan nanti aku usha flight yg ngam2 sampai atas Malaysia 12pagi 31 ogos. Haha...

      Padam
  3. Huhuuhu macam dah terlambat je Mrs. A nak wish selamat hari Malaysia.

    Latest Mrs. A dengar lagu negara dua kali sampai bergenang air mata adalah time wira paralimpik negara menang emas.

    Touching sesangat sebab berkumandang megah kat Rio dan didengar oleh banyak negara di seluruh dunia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe, sempat lagi.. Hari2 pun hari utk malaysia.

      Haaaa yang paralimpik negara menang emas tu memang nampak la bersemangat diorg nyanyi lagu negara. Memang ramai yg touching.

      Padam
  4. Tak lewat lagi utk aku ucap Selamat Hari Malaysia kan?
    Best bila semua artis berpusu-pusu nak buat lagu deep utk tanah air.
    harap bukan sekadar ikut trend dan kejar untung. Huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lewat cero. Malaysia masih malaysia. So sempat lagi.. Haha..

      Nampak macam diorg cuba cari kelainan utk naikkan semangat patriotik rakyat dgn buat lagu ni. Hopefully memang betul2 tu la niat diorg.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...