Salam,
Sebelum itu, Selamat Tahun Baru 2016 aku ucapkan kepada semua yang sudi singgah ke blog aku. Untuk tahun baru ni, aku start dengan entri yang menggembirakan dulu iaitu harga topup dah kembali seperti sebelumnya. Diulangi, harga topup kembali seperti sebelumnya tanpa GST. Yahooo… Eh, Alhamdulillah… Kalau sebelum GST harga topup RM10, sekarang di era GST 2016 ni pun harga tetap kekal dengan harga RM10 tersebut.
![]() |
Sumber gambar |
Bezanya, kalau korang topup, kredit akan ditolak mengikut amaun GST. Contohnya, beli topup RM10, kredit yang korang akan dapat ialah RM9.43. Tapi jangan risau, dalam masa 24 jam telco akan beri rebat semula kepada korang sebanyak RM0.57 tersebut.
Berdasarkan review dari pengguna yang telah topup pada awal tahun 2016 ni, jika korang bertuah rebat akan diberikan hanya beberapa minit setelah korang topup. Jadi, tak ada apa nak dirisaukan. Makanya, boleh la nak main bunga api ke sempena menyambut berita ni. Haha…
Walaupun agak lewat pada pandangan aku topup ni dimansuhkan GSTnya terhadap pengguna(sepatutnya awal lagi seperti yang dinyatakan dalam entri ini), tapi still perlulah kita bersyukur atas segala nikmat keringanan beban yang Allah telah berikan ini. Korang nak ucap terima kasih kepada kerajaan ke tak nak tu hak korang, tapi rezeki yang Allah beri ni kita kena jugak bersyukur. Kalau Dia tak izinkan benda ni berlaku, sampai bila2 still korang kena tanggung bayar GST untuk topup ni.
So, bersyukur la korang diberi peluang untuk bertemu dengan tahun 2016 dan mengetahui berita yang sangat mengembirakan ini. Haha.. Untunglah korang yang pakai prepaid tu, dah tak kena GST dah sekarang. Aku yang pakai postpaid ni, still lagi kena GST. Diorang ingat yang pakai postpaid ni semua orang kaya kot, tu yang kena GST. Padahal RM28 sebulan je plan aku. Hmmm…
Apapun ucap la tahniah kepada diri sediri kerana telah berjaya push kerajaan untuk buat benda2 murni seperti ini. Wahaha….
Sekian saja berita penting untuk awal tahun 2016 ini. Selamat Tahun Baru sekali lagi aku ucapkan. Semoga tahun ini diberkati dengan limpah kurniaNya dan menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya. Aku akhiri entri ini dengan dua rangkap pantun:
Goodbye Two O One Five,
Bye, Bye.
Sumber rujukan: Amanz