Apa jenis mimpi ni?

Assalamualaikum dan Salam aidilfitri semua. Amacam raya korang? Banyak dapat duit raya ke? atau banyak keluar duit raya? Hehe.....first time tahun ni aku yang bagi duit raya, rasa kekok pun ada jugak....selalu terima je, kali ni memberi pulak....duit pun aku tak pergi tukar awal2 kat bank, dah bank tak nak tukar dah last2 puasa tu.
Sumber gambar

Ye la...first time bagi duit raya, mana la aku tahu bila patut tukar. Last2, aku tukar je dengan bapak aku....nasib ada lebih dia tukar kat bank, kalau tak......memang tak ada la duit raya dari aku tahun ni....Tapi walau macam mana pun, duit raya masih lagi aku terima tahun ni, rasa segan nak ambil tapi diorang bagi alasan pulak "tak kahwin lagi kan?ambik je la....." hehehe...

Haa...ok la....bukan pasal raya yang aku nak cerita sebenarnya. Tapi pasal mimpi. Hmmmm....entah la ek ni pasal mimpi ke tak, tapi ada la kena mengena dengan mimpi aku rasa.....Cerita dia macam ni....

Dalam  minggu yang lepas dalam kepala otak aku macam ada sesuatu nak sampaikan mesej kat aku.....fuhhh..macam seram kan? Aku tak tahu aku pernah mimpi ke pasal benda ni tapi tiba2 dia keluar dalam kepala otak aku, macam aku pernah terima mesej tu...apa aku tulis ni? tak faham pulak aku..hahaha...

Sumber gambar
Macam ni...sejak minggu lepas tiba2 je macam ada mesej dalam kepala otak aku cuba bagitahu yang bateri kereta aku dah lemah. Mesej tu datang dalam kepala otak aku masa aku tak berapa sedar, dan aku pun macam ingat2 lupa je mesej tu aku dapat bila. Sama ada in real life atau dalam mimpi aku sebelum ni....

Macam aku pernah ingatkan diri aku sendiri je  yang bateri kereta dah nak habis sebelum ni......tapi bila aku drive kereta tu macam tak ada la pulak tanda2 bateri lemah. So, aku jadi konfius dan tertanya2 apa yang menyebabkan situasi "aku mengingatkan diri aku sendiri yang bateri kereta nak habis" tu? dan bila pulak masanya aku ingatkan diri sendiri tu? 

Adakah dalam mimpi? 
atau aku memang pernah ingatkan diri aku sendiri sebelum ni cuma aku yang lupa? hmmmm......

Sumber gambar
So, dek kerana sudah konfius, aku anggap macam tak ada apa2 je la perasaan tu...aku drive kereta dengan confidentnya tanpa risaukan sebarang masalah....sekali time pagi semalam aku tengah drive pergi kerja boleh pulak kereta tu mati. Mati sebab aku kawal clutch tak berapa betul...ekekekeeke...

Nasib baik dah dekat2 area parking matinya. Lepas tu aku nak start balik dah tak boleh dah....sebab bateri dah kong. Nasib baik ada bro2 kat situ tolong tolak ke tepi bagi tak halang jalan sebab kereta aku mati kat simpang.

Sekarang masalah bateri tu dah setel sebab aku dah tukar bateri baru. Tapi aku pelik macam mana boleh wujudnya dalam kepala otak aku mesej yang cuba bagitahu aku bateri kereta nak habis. 

Adakah ini tanda2 aku ada superpower boleh tahu masa depan? Tapi tak pernah pulak aku kena gigit dengan binatang2 pelik. Huahahaha....Kena gigit dengan nyamuk selalu la....Adakah ini side effect bila asyik kena gigit dengan nyamuk? Kehkehkeh.....

Mana satu lebih macho?
Yang ini:
Sumber gambar
 Atau yang ini?

Sumber gambar
Hehehe.....

Serius aku masih pelik. Adakah aku memang pernah bermimpi pasal benda ni dan inilah satu-satunya mimpi yang jadi betul2? Hmmm...entah la.

Tapi mimpi paling tak best sekali mimpi ialah mimpi terjatuh longkang. Spoil betul kekhusyukan aku tengah tidur waktu tu.... Dan lagi tak best setelah aku meningkat dewasa, mimpi aku pun turut sama upgrade. Boleh pulak selalu mimpi drive kereta jatuh dari flyover...Harem betul mimpi tu. Dah la seram, buat aku tersentak pulak tu sama macam mimpi terjatuh longkang. Kacau keenakan tidur aku betul la....

Oleh itu, nasihat aku sebelum tidur pergi ambil wudhu dan baca doa sebelum tidur. Insyaallah tak ada la mimpi yang pelik2. Cuma mimpi yang best2 je nanti.

Sebelum aku lupa kat bawah ni khas untuk Nurul Husna. Katanya birthday dia hari ni. Pastu mintak hadiah. Tak malu betul...hehehe


Ni haaa saya dah post hadiah. Saya dah post gambar hadiah kat entri ni. Hadiah ni special sebab ianya akan kekal di entri ni selama blog ni masih wujud..kehkehkeh.....Semoga una diberi keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup dan dikurniakan umur yang bermanfaat.

Ni haa...boleh dah lupakan puteri haris yang dah tak suci tu, hahahaha...:

Sumber
Sebelum aku akhiri entri ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua sementara masih di bulan syawal ini dan maaf zahir batin. Harap dapat dimaafkan segala salah silap, terguris hati, terkasar bahasa, tertypo error aku selama ini. Hope you  guys enjoy reading this entry. ^_^
Assalamualaikum.



31 ulasan:

  1. pernah mimpi eksiden, lepas tu pg tu mmg eksiden. . tp x terukla.. rasa mcm gifted sgt.. haha.. tp skli tu jela

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...rasa gifted kan dpt tahu dulu sebelum kejadian. Tp x bestnya mimpi yg jadi betul2 ni x menarik...hahaha...

      Padam
  2. tu maknanya kau boleh nampak masa depan. nanti kau mimpi kan no ekor tau.hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la aku tengah rasa camtu la ni...haha...org kata kalau nak tau no ekor yg ada ong pergi tgk no plat kereta yg eksiden, bukan dlm mimpi....boleh la g tanya razfira kat atas ni no plat dia berapa...huhu...

      Padam
  3. dalam tidur kita ada dua keadaan iaitu REM (rapid Eye Movement) dan non-REM. waktu REM kalau tak salah gua kita dalam keadaan separa sedar. Entahlah, ingat2 lupa. wahahahaha ><

    Tapi selalu jd dekat gua. Selalu dekat2 nk tidur tu trfikir fasal kerja yg tertangguh, esoknya lupa. Lepastu ingat balik masa tgh buat kerja. Mcm self-reminder gitu haa, otak bawah sedar yg remind kan kot ><

    ok bosan, zzzzhhh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jap2, apa lu merepek pasal REM2 lak ni.aduyaii...haha.....gua pun x pasti sama ada yg gua rasa ni ada kena mengena dgn REM ke x. Gua rasa gua je yg pelupa kot...padahal dah pernah ingatkan diri sendiri sebelum ni.

      Kalau teringat pasal kerja sebelum tidur tu memang bosan la...Tapi mungkin betul jugak apa yg lu kata ni. Otak bawah sedar yg remindkan. Hmmmm...

      Padam
    2. betoi2 aku rasa mmg ada kaitan dgn REM tu gak. otak separa sedar. huhh tapi seriyes part mimpi jatuh2 or eksiden paling x best ahh. bila terjaga tu rasa semput dada. mcm betul2 roh kita jatuh agaknye masa dlm mimpi tu.

      Padam
    3. @ana

      Kan? Rasa sesak nafas dan dada rasa lain macam je masa tersedar tu. Memang tak best betul. Nak2 kalau baru tidur, haishh....kacau kenyenyakan tido betul la alau jadi macam tu.

      Padam
    4. "kenyenyakan" <--- mcm di henyak-henyak pulak bunyi dia hahaha

      Padam
    5. @ana

      Henyak-henyak tu macam tumbuk2 pakai lesung batu sampai lumat ke? Vocab aku english n malay sama je...x memberangsangkan.

      Padam
  4. hahaha sweet ngat aiihh..nasib baik die tak cakap die mimpi pelik2 sebab baca komen mintak hadiah birthday..tapi..malam sebelum birthday una tu..una dapat mimpi sweet sgt..hopefully jd kenyataaan...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...senangnya nak jadi sweet, cenggini pun sweet ka? Xdenya saya nak mimpi pelik2 sgt. Takat komen meminta-minta mcm ni dah selalu sgt dah dpt. Kalau komen yg rare2 sikit baru boleh terbawa ke mimpi kot...hahaha....

      Ya la Una...semoga mimpi sweet tu menjadi kenyataan...

      Padam
    2. of course la..sweet tu x perlukan nilai duit yg besar2 pn..yg penting ikhlas dr hati...huhuhu..doakn seseorang dlm doa kita pn kire sweet jgk...

      Padam
    3. ohh..ok2 noted. Keyword dia kat sini 'ikhlas' la kan? Okay. Thanks. :)

      Padam
    4. reading this for the second time doesnt make me touch pn...i hate u!

      Padam
  5. Mimpi antara fenomena yang kita manusia hanya ada teori tapi tak pernah ada pembuktian yang nyata.
    Teorinya apa yg kita mimpi selalunya perkara yang kita sudah tahu, sama ada secara sedar atau di bawah separa sedar.
    Mungkin kau dah rasa dah bateri nak habis, tapi tak ucapkannya secara lahiriah, so tu yg termasuk dlm mimpi tu...

    Tapi tak dinafikan, mimpi ni penuh dgn misteri. Dan misteri itu best. Kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la cero..kadang2 apa yg aku fikir sebelum tidur tu masuk gak dlm mimpi.. Rasa mcm aku sendiri yg create mimpi tu.

      Mungkin betul gak tu sebenarnya aku dah tahu, cuma aku yg pelupa kot yg aku pernah bgtau diri sendiri yg bateri nak abis.

      Btw, ayat kau sastera habis wei....hehehe...

      Padam
  6. err part Mr Mosquito Man tu. abg sado betol dia kikiki =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..ok gak kan kalau aku jadi macam tu. Ni badan aku tak besar2 pun walau dah makan banyak. Lepas kejadian ni, aku rasa x lama lagi badan aku akan jadi sado camtu la. Tanda2 superpower kecil dah ada dah ni. Tinggal yg obvious macam badan sado je belum nak transform lagi. kehkehkeh.....

      Padam
    2. mkn byk spnjg open house raya selama sebulan ni tp bdn x naik2 gak ke? homaiiiiiiigaddd aku rasa metabolism bdn bro ley ni ada smthing wrong ni. tak pun disbbkan dah ada tanda2 superpower kecil tu kot. ok tak sabar nk tgk jadi abg mosquito sador kehkehkeh

      Padam
    3. rasanya xde kena mengena dgn rate metabolism tetapi 100% disebabkan kesan sampingan superpower kecil tu. haha...Harap bersabar tunggu aku jadi sado. Orang cakap benda yg best selalu datang lambat.

      Padam
  7. dulu mase na dpt phone, ade mimpi dpt phone.. then btoi2 dpt phone dr ayah.. mase na dpt moto pon mimpi jugak sblom dpt moto tu.. adekah saye ni super power jugak??????? heheheheh ~wink~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa awak pun ada superpower jugak ni. Apa lagi jom la buat team superhero. 'The Poyojers'. Hahaha....

      Padam
  8. kalau kena gigit nyamuk, sya pun selalu hahahahah bolehla la ni jd mosquito man lepasni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm..sya ni dah kenapa nak jadi mosquito man pulak? Haram transgender ni semua. Haha...cukup la saya sorang mosquito man, baru boleh gila kuasa sikit. Hehehe.... :)

      Padam
  9. KTC pun pernah jugak alami benda macam nie. Konpius sama ada ia mimpi ke betul. Mimpi ke betul. Tapi takdelah sampai jadi betul betul in real life... Maybe power KTC tak berapa nak super kot? XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ktc selalu sgt buli cinderella kot. Kuasa macam ni hanya org2 yg suci murni je boleh dapat. Hahaha....Dah2 pergi jaga cinderella tu baik2, nanti dtg la superpower tu. Kehkeh....

      Padam
  10. selamat hari raye jgk.. btw 5hb hri tu besday aku jugak. nape aku x dpt hadiah.. why why whyyyyy..

    *ok nyorok blakang pintu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya Korn. Lama x bersembang. Laa.. besday kau jugak ke? Lain kali buat muka x malu sikit blogwalking sambil bagitau birthday kau.

      *buat muka x bersalah sambil update fb status "bila lelaki merajuk, ingat aku nak pujuk".

      Hahaha....happy belated birthday, bro.

      Padam
  11. sebelum tdo basuh kaki. tp pernah gak mimpi yg kemudian nyer btol2 berlaku. dejavu org panggil. tp trjadi tu, sendiri terfikir "macam pernah berlaku dalam mimpi je..."

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...lagi elok sebelum tidur amik wudhu. Entahlah dejavu ke apebenda...yang penting aku x tau nak rasa happy ke sedih bila jadi camni...

      kalau yg jadi kenyataan tu benda2 best baru la seronok...ni bateri habis pulak...hmmmm...xpela..asalkan aku dapat feeling ada superpower pun dah ok dah...

      Padam