Salam sejahtera semua. Kali ni aku nak kongiskan sesuatu perkara pelik yang aku tak faham kenapa boleh berlakunya situasi tersebut.
Di sini bermulanya sebuah cerita.....
Selepas beberapa jam aku meletakkan kereta, aku check dekat wiper kereta ada satu notis..Hmmm....jeng...jeng..jeng.....
Kenapa ada notis? Takkan kena saman kot.......Kan aku parking dalam petak letak kereta. Boleh kena saman jugak ke??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yeah...memang betul kena saman. Betul ke aku masuk petak OKU? Hmmm.....
Ya....memang betul aku tersalah parking kat petak OKU. Serius aku tak perasan pun ada signboard kat depan tu. Mungkin sebab dah susah sangat nak cari parking dan aku terlalu pikir pasal kerja sampai tak perasan yang aku letak kereta kat petak OKU.
Sebab kali pertama aku pusing cari parking tu aku tengok ada je orang parking kat situ. Lepas kali kedua aku tawaf tiba2 kat situ kosong pulak, memang aku masuk je la laju2. Tak sangka betul aku boleh tak perasan signboard warna kuning tu. Pelik....
Rasa bersalah jugak la terparking kat situ. Tapi....aku tak sengaja. Kenapa nak kena saman RM100? Mahal betul.... Nasib baik boleh settlekan camtu je. Macam mana aku settlekan tu tak payah cerita la....Yang saman tu pun klien company aku. Jadi, tak ada hal pun nak batalkan saman. Hehehee...
Korang kalau nak parking tu tengok dulu betul2. Boleh ke parking kat situ. Ada signboard OKU ke tak. Pastikan korang tak parking kereta kat petak OKU. Kesian kalau ada OKU yang nak menjalankan urusan seharian diorang. Terpaksa bersusah payah cari parking lain. Tak perlulah meyusahkan kehidupan diorang lagi dengan sikap mementingkan diri kita sendiri. Petak OKU itu hak diorang. Tak patut kalau kita ambil hak orang lain sesuka hati je.
Sumber gambar |
Sumber gambar |
Tapi kes aku lain la...sebab aku tak sengaja. Rasa bersalah jugak sebenarnya walaupun tak sengaja. Tak pasal2 je aku mungkin menyusahkan OKU kalau ada diorang datang nak parking kat situ. Korang jangan pulak sengaja letak kat parking OKU ni. Be considerate. Fikirkan jugak pasal orang lain, jangan jadi seorang yang pentingkan diri sendiri je....
Awan dalam ilustrasi kat atas ni hanyalah penyeri untuk entri ni. Bukan salah awan pun aku disaman. Aku harap korang beroleh manfaat daripada entri ini. Thanks for reading this entry. Hope you enjoy. Assalamualaikum. ^_^
hahaha excited sgt sbb tengok petak kosong terus je melulu masuk ><
BalasPadamso far gua tak pernah lg parking kat tempt OKU secara sengaja atau tak sengaja, hahaha maybe sbb gua suka perati sekeliling tempat parking dulu sebelum tgglkn keta.
noharom scumbag gila pemilik kereta2 mahal tersebut. kereta je mahal kesedaran sivik hampeh
Memang gua excited giler masa tu...nampak parking kosong je terus masuk. Masa tu rasa macam org paling bertuah kt dalam dunia. Ye la...org lain x dapat parking, gua datang terus ada parking kosong. Macam sengaja dikosongkan utk gua. Rasa hebat sgt masa tu...hahaha...sekali parking OKU...padan muka gua kena saman..
PadamOwner kete lambo kat atas ni memang scumbag, douche bag, dubsmash....bajet hebat je kete mahal bole parking sesuka hati. Nasib baik kete gua x mahal. kalau x mesti gua dah terasa...
aku pon cukup pantang tengok kalo kereta takde sticker OKU sesuka hati park kat parking lot OKU cenggini. Aku ada member mmg OKU. dan aku selalu temankan dia pegi bank etc utk urusan dia. and selalu dia kena cenggini (tak dpt nk park kat parking OKU sbb ada keta lain dah park) tapi dia buat rilek je p cari parking kat lain. aku siap suruh dia kluar and bg tau je kat guard bank tu yg dia oku etc, tp dia ckp xpelah xyahla. mybe org yg amek parking OKU lebih memerlukan drpd dia. perhhh masa tu nk meleleh air mata aku. giler punyala tabah insan2 mcm dia ni T___T
BalasPadamerr tp dlm kes bro ley ni, aku rasa mmg x sengaja kan.
chisss siap boleh canclekan saman ek? chisss chissss ! =D
baik sungguh hati kawan kau tu...kalau aku pun aku rasa hiba jugak la alau dengar member OKU boleh cakap camtu.....Aku menyampah gak orang park kat parking OKU ni...xde kesedaran sivik langsung. Ingat2 la org lain jugak, jangan la selfish sgt. Asal aku rasa macam marah kat diri aku sendiri ni? hahaha...
Padamyup aku memang serius x sengaja, x perasan signboard tu. Biasa kat petak tu kan ada warna biru atau merah siap lambang OKU, tapi yg aku parking tu petak dia cam biasa cuma ada singboard je kat depan yg aku x perasan.
Jangan jealous....ini semua dah takdir. Aku kena saman dan boleh dicancelkan. Ni merupakan tanda2 yg aku memang x bersalah. Haha.... :)
camne nak cancel saman. hda ade dua saman parking nihh. mehmehmeh.
BalasPadamcamne eh.....hmmm..saya x boleh tolong. Saya punya boleh cancel pun sebab saya terpaksa buat kerja utk klien dan yg saman tu klien company saya sendiri. So, memang patut la diorang cancelkan sebab saya berhak dapat parking sebenarnya. Cuma diorang x sediakan jek...
PadamGoodluck la bayar saman. :)
Pernah jadi isu, ada orang sihat ni parking tmpat OKU, then ada guard nampak dia tegur laa. Pastu orang sihat ni kata "Berapa you mau denda, biar saya bayar denda tu. Saya ada byk luit. Saya nak parking mana saya suka, suka hati saya lor.."
BalasPadamThe thing is, denda itu bukan tujuannya nak kutip duit semata2, tapi tujuannya sebagai peringatan kpd yg buat salah ni supaya hormati hak OKU sama macam kita hormati hak org lain, kan?
:)
yup.yup...betul la tu cero...denda ni memang untuk bg kita ingat jangan buat sesuka hati je. Denda melibatkan duit ni berkesan pada golongan yg kurang beradaje....orang kaya2 ni memang peduli apa. tengok la gambar kat atas tu. rasa dah kaya sangat tu x kisah kalau kena saman pun....
PadamTapi cerita yg kau share ni memang lagi x boleh blah...ingat ada duit boleh la amik hak orang lain. Haish.......
x nak comment panjang2 mcm org lain...just nak tulis... " PADAN MUKA" hahaha lalalala
BalasPadamlalalala...bosan dengan kerja....lalalala....hari2 kerja.....kahkah...memang padan muka saya pun. Ni kali kedua ni saya komen padan muka kat diri sendiri, campur una punya jadi 3. :)
PadamTerbaik!! Bro Ley memang positif.
BalasPadamBukan semua orang mampu untuk mengaku kesilapan dan memohon kemaafan dengan sendirinya.
erk???saja je entri ni nak buat cerita sikit...itu pun Mrs A anggap saya positif ke...thanks...Saya rasa ramai lagi yg mampu mengaku salah dan minta maaf. entri ni ditulis sebagai pengajaran je....
PadamKalau nak cepat, dan tengah kalut..gajah depan mata pon boleh tak perasan kann...
BalasPadamTapi dah nak kene saman...redhooooo...
Singgah blogwalking...:)
Nak tingkatkan metabolisme badan tak?jemput baca artikel ni:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/cinch-tea-bantu-anda-kurus.html
ye betul.....apa2 pun berlaku kena la redha....selagi kita mampu ubah kena la ubah. Jadi, saya dah berusaha utk cancelkan saman. Jadi, dah tiada lagi saman yg dikenakan kpd saya...huhuhu... :)
Padamhaha., nasib tak mnyebelahi.,
BalasPadamnex time hati2 bro
Tu la...dah nak kena nak buat camne..will be extra careful next time. Thanks.
Padamoh kena saman sebab parking di tempat OKU rupanya.
BalasPadamYuppp...tahniah kerana anda dapat merungkaikan misteri di sebalik awan. :)
PadamOh kena saman sebab x perasan papatanda kena tutup kabus tebal..hehehe bro..biasa kete mewah ney memang parking suka hati...kena sama x de hal lar bro kan...
BalasPadamkete mewah ney memang parking suka hati...kena saman x de hal lah
PadamYup..yup...entah kabus tebal mana entah yg tutup signboard tu. dah la saya sorang je yg ternampak.huhuhu.....kereta mewah2 ni dah memang kaya. apedahal takat ratus2 je kena saman. duit tak habis tujuh keturunan diorang ni... :)
PadamSinggah jenjalan pagi. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam
BalasPadamSila2...jalan la kat mana2 pun yg awak suka sepanjang berada kt sini..hehehe....semoga hari ni lebih baik dr semalam. Amin.... :)
Padamkemahen tajuk misteri2... ingt ade undur mistik atau paranormal. ekeke.. petak oku..
BalasPadamMisteri jugak ni korn...kau x pelik ke mcm mana aku boleh x nampak signboard warna kuning tu. Dah la terang warna kuning tu tp aku x nampak....seram wei pikir balik kenapa aku boleh x perasan..huahahaha...
Padamimaginasi yg sangat rare bila salah parking dikaitkan dgn awan.
BalasPadamlebih hairan kt ctu. hehe.
Hihihi...coincidence maybe....tetiba pulak tgh buat illustration ni terfikir nak letak awan sebagai watak utama....tu yg letak tajuk pun pasal awan tu. Hehehe....
Padamkahkah! tak memasal dpt surat cinta tu
BalasPadamOk la...ada jugak org nak bg surat cinta kt saya...hikhiks... :)
PadamIsh ish... tak patut, tak patut...
BalasPadam;p
kan?memang x patut pun kete2 mahal tu park kat park OKU. nasib baik kete x aku x mahal, so acceptable la.hehehe...
Padampatut ada tanda (cat logo OKU) atas petak parking tu jugak.. baru la org perasan.. hehehehe... :)
BalasPadamanggap je la RM100 tu sedekah... :p
betul tu....saya pun x faham apesal la malas sgt diorang ni nak cat logo OKU kat bawah tu...rasanya ni memang taktik diorang nak cari income lebih ni....saja je bg org x perasan...hehehe..... btw, RM100 tu masih dlm tgn, x kena bayar pun...
Padamtak bernasib baik sebab parking kat OKU time diorang buat rondaan. kalau ikutkan, banyak je kereta lain yang parking kat tempat OKU, tapi aku tengok tak pernah2 kena saman pun. haaaa... acaner tu?
BalasPadamTu sebab xde yg jaga parking. Masalahnya aku parking kat tempat yg memang ada authority utk saman parking. memang berlegar-legar je officer yg jaga parking tu.
Padam