Entri ni aku buat pendek je. Sejak 2-3 minggu ni jarang betul aku nak bukak blog, apatah lagi nak update.... Semua ni salah kawan2 aku.
Hmmmm....
Diorang punya pasal la ni..., terus aku rasa macam tak berminat nak sentuh dunia blog dalam 2-3 minggu yang lepas.
Sumber gambar |
Selama ni aku elok je boleh baca blog dan update blog dengan tenang. Tapi, selepas bersua muka dengan kawan2 yang aku dah lama tak spend masa sama2 ni, memang mempengaruhi aku betul la untuk tak aktif dalam 2-3 minggu yang lepas. Nasib baik aku boleh semangat balik nak update kali ni.
Korang bayangkanlah....masa study dulu memang aku banyak spend masa dengan kawan2 aku ni. Especially yang memang satu bilik dengan aku. Tapi, lepas dah kerja memang jarang betul nak jumpa. Kerja pulak semua jadi separated sebab balik negeri asal masing2. Kalau semua kat Kl senang la nak jumpa.
Jadi, bila aku dapat spend masa dengan diorang, terpaksa la aku lupakan dunia blog seketika.
Aku nak nikmati moment2 tu sebab aku agak rindu dengan diorang ni. Agak lama jugak la aku tak jumpa diorang ni. Ada la dalam 9-10 bulan.
So, bila dapat spend masa sama2, bercuti sama2 memang happy la...nak2 dengan member2 yang aku rapat. Bila dapat spend masa macam ni, rasa bertuah sebenarnya aku ada kawan2 yang baik2 semuanya. So, thanks to all my friends yang sentiasa support aku tak kisah la dalam dunia nyata atau dunia blog. Thanks a lot guys. :)
....................................
Tapi happy macam mana pun tetap ada sedihnya. Yang sedihnya bila terpaksa berpisah sekali lagi dengan member2 yang aku rapat. Dulu, masa habis study dah sedih dah terpaksa berpisah sebab semua dah nak kerja. Tapi, lepas dapat jumpa balik dan terpaksa berpisah sekali lagi, ternyata lagi sedih sebenarnya. ~_~
So, disebabkan aku layan member2 aku dan aku layan perasaan aku, maka aku tak update blog. Wuahahaha...
Ok...tu je aku nak share. Hargai la orang2 yang berada di sekeliling korang especially yang rapat dan betul2 sayang korang tak kisah la kawan2 ke, family ke, atau siapa sahaja. Abaikan blog sendiri takpe, tapi jangan abaikan diorang. Yang lagi bagus sebenarnya ialah tak abaikan dua2 macam aku buat sekarang ni. Wahahaha... Harap aku boleh terus mengupdate blog dengan konsisten selepas ni.
Have a nice weekend guys. Salam.
tajuk tu harus gempak dulu.hahaha.
BalasPadamitulah kan.paling sedih bila time berpisah tu.dan-dan sekarang memasing dah besar dan makin mature.eh? lulz(masih terperangkap dalam badan kekanak)
haha..tajuk mesti la kena gempak, xde lagi tajuk aku yg x gempak setakat ni. haha...
PadamYup...sedih kot bila terpaksa berpisah dgn member rapat, tidur sekali, makan sekali...sekarang semua sendiri...huhuhuuu..Btw, rasanya memasing x mature lg kot...hohoho...
Kawan yang baik tak semestinya kena jumpa kerap, kan?
BalasPadamKalau jumpa sekali sekala pun tapi kesan dia sangat mendalam, itu kawan sebenar :)
Yup..betul tu, aku setuju. Tak perlu nak tiap2 hari jumpa pun, cukup la kalau time berpisah tu ada rasa rindu, kira kawan yg baik la tu...wuhuuu...
Padam9-10 bulan? aku ada yang dah tak jumpa 2 tahun. tak tahu macam mana nak cakap rindu tu T__T. tapi kena faham la sekarag masing2 ada komitmen masing2. yang dah beranak pinak tu lagi la kan.
BalasPadamsekali jumpa nak berpisah balik mmg mengundang kemurungan. mau ambil masa berminggu nak move on. maka blog la jadi medium meluah perasaan haha.
cis kau, buat aku makin rindu kat kekawan.
9-10 bulan lama gak tu sebab masa student dulu memang byk spent masa dgn diorg, so terasa lama la bila semua benda buat sendiri skrg ni.....syukur la yg dh beranak-pinak pun aku masih sempat jumpa sekali..
PadamMana ada aku luah perasaan kat blog. Aku abaikan blog utk seketika ada la sebab layan perasaan sendiri2...wahaha....
bab luah perasaan tu aku cakap aku la! hahahaha
PadamTak la....aku memang saje2 nak bagitahu kau yg aku xde pun luahkan perasaan kat blog. Supaya kau inspired dari aku dan x luahkan perasaan kat blog lagi. Kahkah!
Padam**angkat kening, buat muka x malu**
haha., tlbih feeling da tu.,
BalasPadamskang teknologi kan canggih.,
gunakan sebaiknya., =)
Ni real feeling bro. Jarang aku nak ada feeling camni...
PadamTeknologi memang dh canggih, tp aku prefer jumpa in person lagi. Kalau guna teknologi ni kekadang aku buat dono je... hahaha...
baguslah jumpa kengkawan lama.. jgn terus lupa diorang.. aku pon ada lg kawan rapat kat u..sampai keje pon 1 opis lagi..
BalasPadamTak...tak mungkin aku lupa diorang, One of the best things I ever had.
PadamUntung la kau dapat jumpa tiap2 hari kat ofis dgn kawan rapat kau. Mungkin jodoh korang lama kot.....tu yg sampai dah kerja pun masih x berpisah2 lagi.
aku pon ada 4-5 orang KAWAN yang memang jenis jumpa bila waktu balik cuti raya je. tapi mmg tak pernah putus sahabat. alhamdulillah segala sakit demam, susah senang.. masih amek tawu antara kami walaupon nak berjumpa tu jarang2 sekali. ni tambah pulak skrg ni depa dah pakat kawen, tinggal lah aku sorang je lagi mereput single. deme dah makin bz dengan family life, family hasben etc.. makin kurnag masa utk berjumpa-jumpa masa single dedulu. aku sedih gak la part tu.. apart of that, aku masih bersyukur ada kawan2 yang setia cenggitu :)
BalasPadam