Tutorial: Cara install windows 10 guna pendrive

Salam.

Aku baru je lepas upgrade laptop aku ke windows 10. Boleh tahan la dia punya features semua. Lebih user-friendly dari windows 8 untuk pengguna desktop. Siapa2 yang belum tahu lagi, ni aku nak bagitau yang sekarang windows 10 dah available sejak 29/7 hari tu. Btw, senang je nak upgrade ke windows 10 ni. Tapi kena windows ori la, kalau pirate aku tak tahu boleh ke tak, tak pernah cuba lagi.




So, sekarang aku nak share macam mana cara nak install windows 10 ni walaupun aku tahu ramai yang dah tahu cara-caranya. Tapi takpe la aku nak share jugak bagi penuh entri kat blog ni. Yang aku nak bagitahu ni cara nak install windows 10 guna pendrive. Haa..guna pendrive je, tak main dah cd2 sekarang ni. Zaman dah moden.

Ada pendrive 4gb/8gb dah boleh install/upgrade windows 10. Senang je. Cara2 yang aku nak share ni sesuai untuk siapa2 yang tak dapat notification 'Free upgrade to windows 10' kat PC dia dan dengan cara kat bawah ni jugak korang tak perlu masukkan product key pun sebab bukan fresh/clean install windows 10, cuma upgrade ke windows 10. Caranya macam ni:

1) Buka website microsoft ni: Windows 10.

Nanti akan keluar macam kat bawah ni, Pilih la ikut laptop/pc korang tu versi 32 bit atau 64 bit. Kemudian download.


2) Dah siap download. Cari file yang dah didownloadkan tu dan klik je kat installer tu. Installer tu lepas dah siap download, rupa installer tu akan jadi macam ni( yang ada bulatan merah) :



3) Lepas korang klik kat 'MediaCreation Tool' tu, akan keluar macam ni pulak:


What do you want to do?
a) upgrade this PC now
b) create installation media for another PC

a) Kalau pilih 'upgrade this PC now' - dia akan upgrade terus PC korang ke windows 10. Cara ni paling simple. Tak payah nak guna pendrive ke apa ke nak upgrade windows 10 tu. Tunggu je sampai selesai, nanti keluar la windows 10 kat PC korang.

Tapi, kalau nak upgrade terus guna cara ni, kena ada internet laju dan stabil. Takut tiba2 internet problem dah nak kena download semula. Kalau saiz download kecik tak apa. Ni ada la 3-4gb jugak nak download. Lepas tu makan masa pulak sebab nak tunggu habis download + nak tunggu habis install. Lama tu....

Cara a) habis kat sini.

b) Kalau pilih 'create installation media for another PC' - yang ni akan download file installer windows 10 (windows 10 ISO). Pilih cara ni kalau nak install windows 10 guna pendrive. Aku lebih suka cara ni sebabnya kita cuma download file installer je. Lepas tu boleh  fleksibel bila masa kita nak install windows 10 tu pada masa2 lapang nanti.

Lepas tekan 'Next' akan keluar macam ni pulak:



4) Select language, architecture and edition
Language : English (United States)
Edition: Windows 10 Home
Architecture: 32bit, 64bit, Both

Edition tu pilih la ikut windows korang yang sekarang versi apa. Nak tau windows korang versi apa, klik kanan kat 'My Computer/This PC' --> 'Properties'. Lepas tu tengok edition/versi yang mana.

Nak pilih untuk download edition yang mana boleh refer kat bawah ni:



Nak pilih architecture yang mana ikut versi PC korang 32/64 bit. Kalau tak tahu pilih mana, pilih 'both' tapi besar sikit la saiz downloadnya nanti.

Dah pilih, tekan 'Next', akan keluar macam ni pulak:


5) Choose which media to use
a) USB flash drive
b) ISO file

a) Kalau pilih 'USB flash drive' - korang kena cucuk pendrive sekarang sebab cara ni akan transform pendrive korang kepada installer windows 10 terus. Lepas tu boleh guna pendrive ni sebagai installer windows 10 lepas ni.

b) Kalau pilih 'ISO file' - macam download file dari internet seperti biasa, tak perlu ada pendrive waktu ni. Nanti akan ada file installer(ISO) tu kat dalam PC korang. Lepas tu nanti baru la masukkan file ni ke dalam pendrive dan transform pendrive tu menjadi installer windows 10 bila korang ada masa lapang.

Lepas tekan 'Next' akan keluar macam ni:



6) Downloading Windows 10
Progress: 0%

Tunggu sehingga selesai download.

7) Lepas selesai download, file tu akan berbentuk macam ni (highlight kuning) :



Dah sampai sini korang ada 2 pilihan iaitu:
a) terus je klik kat file installer tu dan install windows 10
b) masukkan installer ni dalam pendrive

Kalau cara a) akan jadi macam ni:


Klik kat file installer(ISO) tu. Kalau dalam tutorial ni aku save sebagai 'Windows 10 Home 64 bit' macam kat atas ni. Lepas klik akan keluar macam ni:

Lepas tu klik kat 'setup' dan install windows 10.




Tunggu sehingga selesai install/upgrade windows 10.  Ok settle dah install windows 10 tanpa menggunakan pendrive.



Kalau cara b) pulak akan jadi macam ni:

1) File Installer(ISO) yang dah dimuat turun tadi perlu dimasukkan ke dalam pendrive.

2) Caranya, download 'Windows 7 USB/DVD Download Tool' kat website ni.

3) Lepas dah siap download, installer tu nanti akan disimpan dalam PC korang macam kat bawah ni (highlight kuning) :

4) Klik kat 'Windows 7-USB-DVD-tool' dan install macam biasa. Dah siap nanti akan ada shortcut kat desktop macam ni:


5) Klik kat installer 'Windows 7 USB DVD' tu. Lepas tu akan keluar macam ni:


6) Browse dan cari file installer(ISO) yang dah didownload tadi. Kemudian, tekan 'Next'.


7) Pilih USB device


8) Pilih pendrive korang dan tekan 'Begin copying'. Pendrive korang akan bertukar menjadi installer windows 10 selepas ini. Tunggu sampai selesai.

9) Cucuk pendrive dan install windows 10 seperti cara a) di atas.

10) Siap install windows 10.



Ok...tu je la aku nak share. Harap korang semua beroleh manfaat daripada entri ni. Dan aku harap korang yang baca ni boleh faham la apa yang aku sampaikan ni. Enjoy your weekend guys!


Baca lagi:

52 ulasan:

  1. thank sebab share tutorial ni tau, teringin gak nak tukar, tapi nanti dulu lah..XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome. Tukar la..best woo Windows 10, ada cortana. Boleh cakap dgn PC kau nak suruh buat apa.haha.. :)

      Padam
    2. aku dah upgred win10 tp blm sempat explore pon lagi lappy aku tu. lappy tu byk bersama dgn adik aku je drpd dgn aku.

      Padam
    3. Biasa la tu..perempuan bukan kisah sgt pun kan pasal PC/laptop ni. Maybe aku dgn adik kau ni lebih kurang la. Jenis semangat nak try something new. Pastu bila dah jadi install windows 10 ni mesti la happy, nak kasi tau semua orang Nak try semua features baru.

      Padam
    4. ) Kalau pilih 'USB flash drive' - korang kena cucuk pendrive sekarang sebab cara ni akan transform pendrive korang kepada installer windows 10 terus. Lepas tu boleh guna pendrive ni sebagai installer windows 10 lepas ni.

      --YANG NI MAKNANYA TAK PAYAH GUNA WINDOWS 7 DVD UTK BOOTABLE SBB DIA DAH DIRECT BOOTABLE?

      Padam

    5. a) Kalau pilih 'USB flash drive' - korang kena cucuk pendrive sekarang sebab cara ni akan transform pendrive korang kepada installer windows 10 terus. Lepas tu boleh guna pendrive ni sebagai installer windows 10 lepas ni.

      (MAKNANYA TIPS YG NI CUKUP SAMPAI SITU JE LA? YG B) TU ALTERNATIF UTK BOOTABLE LAH KAN?)

      Padam
    6. @Muhamad Amirol

      Ya betul. Yg (a) tu pun dh cukup. Bpleh jadikan pendrive tu mcm cd installer jugak. Yg (b) tu option sahaja

      Padam
  2. KTC masih lagi pengguna Windows 7 Hahaha Thanks share ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. No problemo...Dah lama sgt dah tu Windows 7. Tukar la Windows 10. Free upgrade dlm masa setahun ni je. Baik cepat. :D

      Padam
  3. waaa hebaq hebaq...installer boleh install direct kt google ke...mcm mane nk tau ori ke x..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde hebat mana pun. Ramai je budak2 kecik yg jauh lg muda dari saya yg dah tahu cara nak install Windows 10 ni.

      Kena download 'media creation tools' kat link yg saya share kt atas ni dulu. Lepas tu run. Nanti ada la option utk download installer tu.

      Nak tahu ori ke x, biasanya klik kanan kat 'My Computer/This PC'--> 'Properties'.
      Pastu tgk la 'Windows activated' atau 'windows not activated'. Kalau activated tu ori la, kalau x tu, pirate la.... :)

      Padam
    2. bro ley..sy nk mintak pndapat sikit ni...tp mcm agak sedih and personal sikit sbenarnya...

      Padam
    3. erkk..tetiba je komen camni. kalau personal jangan citer kat sini. contact email saya. Tu pun kalau saya boleh bg pandangan yg bernas la..

      Padam
  4. Aku dpat upgrade free, tapi tak upgrade lagi sebab masih berpuas hati dgn Win7 yg aku pakai sekarang...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah puas hati, aku rasa pakai je la dulu Windows 7 tu cero. Nanti nak dekat 29 julai 2016 baru kau upgrade Windows 10. Kalau x upgrade gak, menyesal kau nanti. Serius. Haha.... Install wei Windows 10, ada cortana, suara dia seksi. Memang suara jenis yg kau suka. Hahaha...

      Padam
    2. amboi, suara seksi? hem hem.

      alah gua tak suka lah windows 10, wajib bertukar ke? :/

      Padam
    3. @zyra roxx

      haha....saja je gua nak pancing cero ni suruh tukar windows 10. kalau lu tak nak tukar pun xpe. stay je dgn versi windows yg sekarang. cuma offer free upgrade ni dalam masa setahun je. So, agak rugi jugak la kalau tak tukar.

      Tapi macam mana pun, minat masing2. kalau x suka windows 10 x payah la susahkan diri upgrade pun....cuma akan rasa outdated sgt la PC/laptop lu nanti :)

      Padam
  5. Huhuuuu... sekejap aje dah Win 10, rasa macam baru jer..upgrade Win 7, Win 8 pun Mrs. A tak explore masih lagi bersama Win 7. Anyway thanks for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lama dah Windows 7 tu Mrs A. Upgrade la Windows 10 terus. Naik 3 level tu .haha...Upgrade la. Belum try pakai Windows 10 memang takut. Tp kalau dah guna, Hmmm x pandang dah kot Windows 7 tu. Hehehe.... :)

      Padam
  6. masa ofis aku dah fully renovate aritu, aku nerves gak la sbbnya smuanya guna win8 (yg sblm tu totally guna win7 je) dah la kami mmg x diberi sbrg training utk guna sistem win8 ni. pstu bila dah start operasi, main explore sndiri je lah. hadehh sipbaikla dipermudahkan je segalanya. aku percaya 1 je dgn teknologi ni : dia dicipta utk membantu memudahkan kita. so cmne2 pon sbnrnye msti dia snang je kalo kita faham dia. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waduh2...guna windows 8 je kok bisa muncul rasa nervous si? Sebenarnya kita yang takut nak cuba benda baru sebab dah biasa dgn keadaan semasa. Tapi bila dah cuba xde la susah mana pun kan?

      Aku setuju gak teknologi dicipta untuk memudahkan. Tapi adakalanya canggih2 sgt teknologi ni pun boleh memalaskan manusia dan ada jugak teknologi dicipta pada aku semakin menyusahkan kehidupan seharian. Kena pandai2 la...

      Padam
  7. aku nk try komen begambar kat blog ni pulak. nak tgk jadi ke tak mcm kat blog cEro hehehe

    [img]https://31.media.tumblr.com/ad96ce5c63549e037ad79a8d5e1059c4/tumblr_miz00zUYRV1rocfmvo1_500.gif[/img]

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha...aku pun x pernah lagi komen bergambar kat blog sendiri. Lupa pulak aku dah pernah tambah coding bagi boleh letak gambar kat komen. Btw, comel je budak ni buat muka....geram pulak. Rasa mcm nak makan je makanan dia tu.

      Padam
    2. comel gila dia buat muka cenggitu. tapi xyahla smpai nak makan makanan dia tu. biskut utk baby kot rasanya tu. ehh tapi sbnrnye biskut baby mmg selalunye sedap rasa dia hahaha

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok dah terlebih exited pulak hahaha.

      Padam
    2. Takpe2....bagi peluang readers sekalian untuk bergembira.

      Padam
  9. perghh thnks bro...kalau pirate pn bole kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. @beat

      Welcome. Ye ke pirate pun boleh gak? Aku x tahu pulak sebab x pernah cuba lagi....

      Padam
  10. Aku windows 7 ultimate... xpe ke kalau aku tukar ke wondows 10 pro..??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dalam list dari microsoft tu, Windows 7 ultimate memang layak upgrade ke Windows 10 pro. So, maksudnya boleh la....takde masalah rasanya...

      Padam
  11. Tq... tgh tunggu upgrading windows ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. So,macam mana? Dah settle upgrade ke belum? Harap berjaya upgrade tanpa sebarang masalah.

      Padam
  12. Ermm... mcm mane pulak dgn windows 7 ultimate tu... automatic masok ke dalam windows old ke..??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya, lepas upgrade ke Windows 10, Windows 7/8 versi asal tu akan masuk dlm Windows.old sendiri.

      Padam
  13. Nak aktif product key windows 10 ni lak mcm mane..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa aku upgrade Windows 8.1 aku ke Windows 10, aku just upgrade je macam tutorial kat atas ni tanpa masukkan apa2 Windows key. Lepas dah settle upgrade, automatik Windows 10 aku activated.

      Kau boleh check kat 'This PC' --> 'Properties'

      Kalau Windows tu tulis 'activated' kira dah aktif la key windows 10 kau. Sepatutnya macam tu la...

      Padam
  14. wuuu macam best je. hahaha nak try la huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la..best beb! Haha...Follow je step kt atas ni.

      Padam
  15. kalau pkai notebook.. boleh update ke???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau specs notebook tu minimum requirement lepas utk upgrade ke Windows 10, kira boleh la....

      Padam
  16. Nak tanya ni..saya dah install windows 10.taoi yang 32 bit,sedangkan saya punya pc ada 8gb ram.macam mana nak tukar ke 64 bit sebab banyak game sekarang tak support 32 bit dah. Mohon tolong.terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya kena install sekali lagi. Cuba download versi 64 bit n install Windows 10 tu. Try install guna pendrive yg nak kena jadikan installer pakai usb/dvd Windows tool tu.

      Saya x pernah buat yg ni: Try buat clean installation (don't keep any files) masa install nanti.

      Before nak install n download, check product key win10 skrg n catit la kat mana2. Takut perlu masukkan product key masa buat clean installation.

      Maaf saya bukan it expert. Harap komen saya ni dpt la membantu sedikit. Good luck. :D

      Padam
  17. Kalau nak format guna cara ni boleh ke.. sbb aku xde dvd Windows. Klo download Windows 10 kt Internet dan masukkan ke pendrive buat format boleh ke...

    BalasPadam
  18. Boleh sepatutnya. Once pendrive dah jadi bootable drive win10, sepatutnya cucuk nanti ada option utk save file lama atau buang semua file lama(format). Tapi skrg ni aku tak sure la bro kalau install win10 masih free ke tak. Lama dah tak buat...

    BalasPadam
  19. salam bro..good tutorial...wlwpun dah 4 tahun lepas...sya nak tanya bro, klu sya nak tukar windows 8 sya ke windows 10, data2 fail, dan software sblm ni efek tak? ( hilang tak) tq bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Biasanya file2 mcm excel,word, gambar yg biasa ada dalam drive selain C tak hilang(kalau pilih option utk save file semasa install windows 10). Kalau software2 yg dah install dalam drive C kat windows 8 biasa akan hilang sbb windows 10 kira mcm pakai sistem baru la...

      Padam
  20. as salam... kena bila semua dah updated dan tiber nak instal.. jadi fail plak... apa yg x kena.. tolong lah saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Guna cara yang pertama ke yg kedua ya? Kalau cara pertama fail boleh cuba guna cara yg kedua tu. Install guna pendrive.

      Maybe fail tu sebab masa update ada internet tengah problem ke. So update dia jadi tak betul..

      Padam
  21. Boleh ker downgrade wndow 10 64bit ke 32bit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh rasanya. Kena ikut specification pc/laptop tu.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...